Galeri kami

blog 'tak aktif', tapi facebook terus aktif (hehe)

Sunday 1 May 2011

Video seks: Wayang untuk mengaibkan seseorang

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 1 Mei: Tindakan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang mengatakan bahawa polis tidak akan tunduk kepada desakan pelbagai pihak untuk mendedahkan kepada umum pelaku dalam video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kecuali ada keperluan undang-undang untuk berbuat demikian hanyalah mainan politik semata-mata untuk memburukkan seseorang.
“Kalaulah yang menyimpan dan membuat tayangan pun tidak dihukum, sedangkan ada peruntukan yang jelas mereka telah melakukan kesalahan; apatah lagi kepada yang berlakon yang tiada peruntukan undang-undang.

“Jelas, ianya hanya mainan politik bagi memburukkan seseorang,” bidas Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan Khalid baru-baru ini yang menyatakan bahawa pelakon seks dalam video tersebut akan didedahkan bergantung kepada keperluan undang-undang.
“Kita bukan dedahkan (pelaku video) atas desakan tetapi bergantung kepada keperluan undang-undang,” Khalid dipetik sebagai berkata.
Menurut Tuan Ibrahim, pelakon dalam klip video tersebut tidak akan didakwa kerana tiada peruntukan undang-undang boleh mendakwa pelaku, kecuali dalam mahkamah syariah.
“Di dalam undang-undang sivil, tiada kes untuk disabitkan kerana pelakon dan wanita bukan gadis bawah umur serta tiada unsur paksaan dan tidak dilakukan untuk edaran mahupun jualan,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Oleh sebab itu, kata Tuan Ibrahim, PAS lebih setuju untuk membawa kes ini ke mahkamah syariah kerana ada enakmen yang boleh disabitkan kesalahan sama ada atas kes qazaf atau perlakuan zina sekiranya dapat dibuktikan.
Sementara itu, Presiden Aliran, P Ramakrishan turut menempelak polis yang telah melakukan pelbagai kenyataan untuk mencipta persepsi awam bahawa Anwar terlibat dalam skandal video seks tersebut.
Setelah bukti jam Omega yang diwar-warkan kehilangan berita, P Ramakrishan membidas tindakan polis yang mengatakan bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan kepada awam pelakon seks terbabit sehingga keadaan memerlukan untuk berbuat demikian.
“Dalam kata lain, apa yang mereka kata ialah mereka sudah mengenal pasti pelakon seks, tapi mereka tidak ingin mendedahkankannya kecuali keadaan memerlukan.
“Rakyat Malaysia kini keliru. Apa yang dimaksudkan ‘kecuali memerlukan’? Jika ya, mengapa mereka menyiasat jauh untuk mencari pemilik jam Omega? Mereka bertungkus-lumus sehingga mencarinya sehingga ke Taiwan. Apa tujuannya?
“Bukankah itu tujuan untuk mengaitkan pelakon seks dengan jam tersebut supaya mereka dapat mengesahkan identiti pelakon seks dan mendedahkannya?” soal Ramakrishan.
Beliau turut menambah bahawa Anwar tidak sepatutnya dipanggil untuk memberi keterangan untuk kali kedua, 28 April yang lalu sekiranya polis tiada bukti yang sahih untuk menunjukkan bahawa orang dalam video tersebut ialah Anwar.
“Jika ia adalah tidak penting untuk menentukan siapa pelakon tersebut, mengapa Anwar dilecehkan? Adakah ini kerana mereka inginkan episod memalukan ini berterusan?” selarnya.

No comments:

Post a Comment