Galeri kami

blog 'tak aktif', tapi facebook terus aktif (hehe)

Twitter Updates

There was an error in this gadget

Thursday, 5 May 2011

BN jangan perah poket rakyat untuk dapat wang

PARIT BUNTAR, 5 Mei: Sepatutnya kerajaan BN mencari jalan lain untuk mendapat wang, bukannya memerah poket rakyat sewenang-wenangnya dengan menaikkan harga minyak.
Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) menyatakan demikian sebagai respons kenaikan harga RON97 yang diumumkan lewat tengah malam tadi.
Katanya, kenaikan itu menjadikan kenaikan kali ketujuh atas alasan harga minyak mentah di pasaran dunia mengalami kenaikan.
 “Nampaknya BN terus memperbodohklan rakyat dengan alasan yang sama dan tidak masuk akal setiap kali harga minyak negara dinaikkan,” katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, Malaysia merupakan negara pengeluar minyak di mana jika harga minyak di pasaran dunia naik, secara automatik negara mendapat kenaikan berlipat kali ganda.

“Mengapa kita ikut sama naik harga minyak dan rakyat menerima bebannya?” soalnya.
Selain itu, beliau menjelaskan jenama minyak nasional Petronas, diketahui kualitinya terbaik sehingga diguna untuk jentera formula satu Mercedes GP Petronas.
“Sudah pasti negara telah mendapat keuntungan kerana minyak negara di eksport ke seluruh dunia," jelasnya.
Menurutnya, walaupun BN berusaha menjelaskan bahawa mereka komited menjaga kebajikan rakyat dengan mengekalkan harga RON95, hakikatnya peratus kenderaan yang menggunakan RON97 masih tinggi.
“Kenderaan-kenderaan luar negara yang masuk Malaysia diwajibkan mengguna RON97, jumlah kenderaan berkapasiti tinggi pula masih banyak menggunakan minyak jenis itu, jelaslah bahawa dasar BN adalah menindas rakyat, bukan membela,” jelasnya.
Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak berkata, RON 95 yang dikekalkan cuma bermotif politik sedangkan minyak tersebut tidak berkualiti dan berpotensi besar menjejaskan enjin untuk jangka masa panjang.
“Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa BN tidak mampu mentadbir negara dengan baik.
“Sepatutnya kerajaan BN cari jalan lain untuk dapat wang, bukannya perah poket rakyat dengan sewenang-wenangnya dengan menaikkan harga minyak,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment