Galeri kami

blog 'tak aktif', tapi facebook terus aktif (hehe)

Thursday 31 March 2011

MB S'gor: Dua muka dikesan pada kamera tersorok

NONEMenteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan bahawa dua wajah dikesan dalam rakaman kamera tersembunyi yang diletakkan di pejabatnya Ogos lalu.

Beliau berkata rakaman yang diperiksa oleh seorang penyiasat persendirian dan staf kerajaan negeri menunjukkan dua orang itu sedang menukar bateri kamera.

"Ketika memeriksa rakaman dengan lebih teliti, perakam suara yang dibina dalam kamera itu mendedahkan nama lelaki yang disebut 'Fais'," katanya kepada wartawan selepas menghadiri sidang dewan negeri di Shah Alam, petang senmalam.

Perangai pemimpin BN Sarawak macam penjajah – Anwar

Oleh Sidiqin Omar

KUCHING: Penyertaan Sarawak ke dalam Malaysia untuk mencapai kemerdekaan tidak ada maknanya jika pemerintah negeri berperangai seperti penjajah, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apakah maknanya kemerdekaan jika kita membiarkan mereka yang tamak dan rakus berterusan menjarah harta di negeri ini?
“Seolah-olah tidak cukup segala balak, tanah dan minyak yang diambil. Sudahlah, cukuplah,” katanya pada program ramah mesra bersama penduduk di Kampung Selampit dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Opa hari ini.

P'raya Sarawak: 'Gelombang' PAS bermula hari ini

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 1 April: Gelombang pertama gerak kerja petugas PAS bagi pilihan raya negeri Sarawak bermula hari ini sehingga 8 April, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
Gelombang kedua pula, katanya akan bermula 8 hingga 16 April, iaitu hari membuang undi.
PAS bertanding lima kerusi iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong jaya, Sebuyau, Beting Maro.
SPR menetapkan 6 April adalah hari penamaan calon sementara hari mengundi pada 16 April ini.
(menyusul lagi)

Fatwa dan Hukum Menyambut April Fool

Oleh: solihinzubir

"Dr. Yusuf al-Qardawi menyebut :

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Wednesday 30 March 2011

Dr Asri: Poco-poco harus, bukan haram

NONEBekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berbeza pandangan dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang memutuskan bahawa tarian poco-poco haram.

Beliau berhujah, semua urusan harian manusia, termasuk tarian, adalah harus diamalkan kecuali terdapat dalil yang jelas mengharamkannya.

Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat unsur yang tidak baik, perkara itu hendaklah ditapis dengan membuang unsur yang buruk, bukan mengharamkan perkara itu secara menyeluruh.

MB: Perak patuhi fatwa haramkan poco-poco

Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

NONEBeliau berkata, selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.

Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.

Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

- Bernama

Jembalang: Tak payah komen, bodoh sangat

Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 31 Mac: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri menggelar parti selain BN, yang akan berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang', mencerminkan ketakutan pemimpin BN itu.
Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi menutup kelemahan BN setelah lebih 46 tahun menguasai negeri Bumi Kenyalang itu namun masih ketinggalan.
"Tak payah komen la...bodoh sangat.

 Kenapa baru sekarang BN berjanji mahu berubah

Harakahdaily   
PARIT BUNTAR, 31 Mac: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim menggesa rakyat supaya menilai semula semua slogan BN termasuk sebagaimana yang dilaung-laungkan di Sarawak sekarang.
"Rakyat Sarawak secara matang dan sedar mesti melihat kepada tempoh yang cukup panjang dan peluang yang telah diberikan kepada BN, kenapa sekarang baru BN berjanji untuk berubah," katanya.
Katanya, sejarah membuktikan Barisan Nasional gagal dan tidak mampu berubah sementara slogan BN mampu berubah hanya kata-kata kosong dan janji manis pemimpin BN.
Beliau berkata ungkapan BN berubah tidak lebih dari usaha untuk mengaburi mata rakyat supaya kembali menyokong BN.

Senaman poco-poco haram - Mufti Perak

Harakahdaily
IPOH, 30 Mac: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senama poco-poco diharamkan. 
Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.
"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.

Tuesday 29 March 2011

Menteri, Speaker tak dirujuk kontrak baik pulih Parlimen?

Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 30 Mac: Datuk Seri Nazri Aziz berkata, beliau selaku menteri bertanggungjawab terhadap urusan parlimen dan Speaker, tidak dirujuk dalam isu pemberian kontrak pembaik pulih parlimen.
Katanya, Menteri Kerja Raya hanya memaklumkan kepada beliau berhubung penganugerahan kontrak itu kepada sebuah syarikat tanpa ada sebarang perundingan dengan beliau.
"Saya pun sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak tahu tentang pemberian contract award ini.
"Kita tidak dirujuk, tetapi hanya dimaklumkan apa yang hendak dibuat.
"Berapa jumlah kontraknya, kosnya dan siapa, itu tidak dirujuk kepada saya selaku menteri yang jaga urusan parlimen dan juga speaker," jelasnya.

BN nyanyuk, guna fitnah untuk kekal berkuasa

Anwar dilarang berucap di majlis PKR S'wak

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang berucap di satu majlis PKR Sarawak di sebuah kedai makan di Ban Hock Road di Kuching, malam semalam dilarang berucap atas alasan perhimpunan itu tidak mendapat permit daripada polis.

Menurut Bernama, Anwar yang tiba di kedai makan itu pada jam 7.30 malam dan kemudiannya dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kok Keong bahawa beliau tidak dibenarkan berceramah kerana tiada permit.

Mun bagaimanapun dikatakan membenar Anwar membuat ucapan ringkas dengan syarat ia dilakukan di dalam kedai makan itu dan tidak mengganggu lalulintas.

Utusan putar belit kenyataan Nasrudin

Harakahdaily 
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan mendakwa akhbar Utusan Malaysia memutar belit kenyataannya berhubung penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang.
Nasrudin menafikan bahawa beliau bersetuju dengan penubuhan suruhanjaya itu sebaliknya berkata, perkara yang harus diutamakan adalah mengenai prinsip keadilan berhubung tuduhan tersebut.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihak yang membuat tuduhan itu mesti menampilkan saksi.
"Saya kata, saya tak nak bercakap soal mekanisme. Saya nak cakap pasal prinsip.

Akta perlindungan: Nazri mengaku silap beri kenyataan

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini mengaku tersilap mengeluarkan kenyataan 'kemungkinan' trio 'Datuk T' akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut membuat pembetulan dengan menyatakan bahawa mereka tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta Akta Pemberi Maklumat kerena mereka telah mendedahkan diri mereka kepada umum.

Namun katanya, di bawah Akta Perlindungan Saksi mungkin akan diguna jika pihak berkuasa mendapati ada kes.

Ceramah Pakatan diserbu, tayang video lucah dibiar

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 29 Mac: PAS kesal terhadap sikap double standard yang ditunjukkan oleh polis yang kembali mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, tabiat lama berulang kembali apabila Umno berada di posisi defensif, manakala Pakatan Rakyat di posisi ofensif.
Katanya, beberapa siri ceramah di Pokok Sena Kedah dan terakhir di Taman Melawati, Gombak 25 Mac lalu yang berakhir dengan kekecohan.