Galeri kami

blog 'tak aktif', tapi facebook terus aktif (hehe)

Tuesday 25 October 2011

Laporan audit: Hanya peti undi boleh sedarkan BN

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 Okt: Meskipun ditegur setiap tahun, kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap pekak kepada saranan Ketua Audit Negara (KAN), bahkan budaya penyelewengan, pembaziran, ketirisan dan keborosan semakin subur dalam pengurusan kewangan negara, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Dalam satu kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim menyimpulkan bahawa kerajaan BN tidak akan faham bahasa laporan audit, yang boleh menyedarkan mereka hanyalah bahasa daripada ‘peti undi’ apabila Laporan

Thursday 6 October 2011

Alkisah Universiti Kita, Malaysiaku.



Tiada universiti di Malaysia yang berjaya disenaraikan dalam majalah Times Higher Education (THE) yang memuatkan nama 400 universiti terbaik di dunia.

Sehubungan itu, supremo DAP Lim Kit Siang berkata adalah sia-sia bagi kerajaan yang begitu bangga dengan prestasi Malaysia dalam ranking dunia QS 200 World University 2011/12.

Penarafan QS itu telah meletakkan Universiti Malaya di tangga 167, - naik 40 tempat berbanding tahun 2010.

Empat universiti Malaysia lain yang disenaraikan oleh QS - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) - semuanya mencatatkan kemerosotan.

BELASAH DUIT RAKYAT!!! 9 juta sewa pesawat bawa Najib bercuti di Perth


Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 4 Okt: Sebanyak RM9 juta telah dibelanjakan bagi menyewa sebuah pesawat Airbus A319-IIX yang diguna Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth Australia.

Pesawat yang disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) itu bermula 3 Ogos 2007 lagi untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri.


Penjelasan tersebut dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulis terhadap soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.


Nurul yang melalui soalannya meminta kerajaan menjelaskan siapa pemilik pesawat tersebut yang telah
digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia serta kekerapan penggunaannya dan kos yang telah dibelanjakan.

Wednesday 5 October 2011

Huru-hara Malaya: Muhyiddin selesaikan masalah untuk Najib tetapi 'dicurigai'



Kangkung kena racun kah3
MC - Tidak seperti ketuanya, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kelihatan mengambil langkah-langkah yang bijak. Sebalik membuta-buta mencuba untuk mengaburi fakta yang diterima baik oleh rakyat negara ini, Muhyiddin akhirnya mengakui Malaya merupakan tanah jajahan British sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Kenyataannya itu dengan sekelip mata memberikannya mata kemenangan, dan beliau kini dianggap sebagai wakil rakyat yang lebih mantap dan lebih dipercayai berbanding dengan Perdana Menteri Najib Razak. s
Sebalik menggunakan pengetahuan umum, Najib telah menggunakan ancaman-ancaman dan kuasa undang-undang untuk mendakwa Naib Presiden PAS Mat Sabu dengan tuduhan jenayah fitnah di atas insiden Bukit Kepong, yang melihat kembali bagaimana dan siapa pejuang-pejuang yang membantu Malaya mencapai kemerdekaan daripada British.
Ramai yang menuduh Najib bersikap seperti 'lalang', mengambil keputusan bukan kerana ianya betul tetapi kerana beliau menyangka itu akan menjaga hati komuniti Melayu dan membuatkan mereka menyokong beliau.
Walau bagaimanapun, jelas kelihatan yang PM telah membuat perkiraan yang salah, dan sekarang Muhyiddin menyelesaikan masalah ini untuk UMNO dan BNdalam insiden yang telah membuat ramai rakyat Malaysia, termasuklah orang-orang Melayu berpaling daripada BN.

PR Tawar RM 1,000 Setahun Untuk Pengundi Saluran 1....



KUALA LUMPUR, 4 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu perbentangan Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat menjelaskan selaras dengan tema 'Kesejahteraan Untuk Semua', Pakatan Rakyat (PR) sentiasa memandang tinggi dengan apa yang telah disumbangkan oleh golongan warga emas sejak sekian lama.
Beliau mengatakan PR akan melaksanakan bantuan-bantuan untuk mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh rakyat.

"Kepada golongan warga emas kerajaan PR akan melaksanakan bayaran bonus sebanyak seribu ringgit setahun kepada mereka yang layak berdasarkan pendapatan kurang dari lapan belas ribu setahun.

"Ia dijangka akan menelan belanja sebanyak RM1.7 bilion setahun dan ia difikirkan perlu untuk membantu golongan warga emas dan pencen yang kuasa beli mereka semakin terhakis akibat kenaikan harga barang," jelasnya.

Kerana BN, Hutang negara kita telah mencecah RM437 Billion.. !!


Wednesday, October 05, 2011

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan hutang negara kini mencecah RM437 bilion berdasarkan Laporan Bank Negara yang dikeluarkan baru-baru ini.

“Laporan Bank Negara Malaysia bertarikh 30 september 2011 menyatakan angka hutang negara setakat suku ke 2 tahun ini menunjukkan hutang negara mencecah RM437 bilion,” kata Anwar pada pembentangan belanjawan Pakatan Rakyat 2012 di parlimen hari ini.


Menurutnya, jika unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5 peratus, maka kadar keberhutangan negara kini mencecah 53 peratus dari KDNK negara.



Kadar itu, katanya, jauh lebih tinggi berbanding pada 2007 iaitu sebanyak 42 peratus dari KDNK negara.


Dicatat oleh ustazcyber di 10:03:00 PM

Kelantan Tuntut RM2.4 Bilion Pampasan Taman Negara
KOTA BAHARU, 5 Okt (Bernama) -- Kerajaan Pas Kelantan menuntut pampasan RM2.4 bilion daripada kerajaan persekutuan bagi penggunaan 1,043 km persegi wilayah negeri itu yang dijadikan sebahagian Taman Negara.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata surat tuntutan itu dihantar 12 Sept lepas kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan exco di di sini Rabu, beliau berkata tuntutan itu termasuk kehilangan nilai sewa ekonomi sebanyak RM27,682 sehektar yang terlepas iaitu bila mana penuaian hutan untuk balak daripada pengurusan hutan secara berkekalan tidak dibenarkan.

"Untuk keseluruhan hutan, nilai bersih kini yang terlepas ialah RM1.2 bilion bagi pusingan atau tempoh 30 tahun," katanya.

Tuesday 4 October 2011

TERKINI!! Teks Ucapan Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012



MUQADDIMAH

1. Terima kasih dan tahniah kepada pasukan belanjawan Pakatan Rakyat yang berjaya menghasilkan sebuah dokumen yang lengkap dan menyeluruh, walaupun mereka tidak dibantu oleh perunding dan firma media antarabangsa yang mahal.

2. Keupayaan Pakatan Rakyat menghasilkan sebuah belanjawan menyeluruh yang berlandaskan semangat reformasi rakyat adalah satu mercu tanda kematangan dan kesediaan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan yang baru. Belanjawan yang bertemakan “Kesejahteraan Untuk Semua” ini lengkap mencerakinkan dengan terperinci unjuran pendapatan, perbelanjaan dan peruntukan untuk program-program nasional yang meniupkan roh kebajikan seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.

3. Belanjawan ini akan menjadi penanda aras dan penimbal balik kepada belajawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober ini. Saya yakin rakyat yang serba matang dan mahir menilai akan membandingkan kedua-dua dokumen dan Insya Allah menguatkan lagi iltizam rakyat menuntut perubahan di negara yang kita cintai.

BAB 1: MAQASSID BELANJAWAN MENGANGKAT KEPERLUAN RAKYAT

4. Proses pembentangan dan meluluskan belanjawan setiap tahun hanya dijadikan rutin oleh Barisan Nasional hingga mengenepikan matlamat sebenar sebuah kerajaan merangka dan membentangkan belanjawan kepada rakyat....

Bajet Pakatan: Subsidi RM22b, hampir RM6b biaya kenaikan gaji



KUALA LUMPUR, 4 Okt ─ Pakatan Rakyat mengesyorkan peruntukan subsidi sehingga RM22 bilion dan menyediakan RM5.9 bilion lagi bagi kenaikan gaji 1.3 juta kakitangan awam -atas alasan mahu membantu mengurangkan kos sara hidup.

Pembangkang peringkat persekutuan ini mengumumkan bajet alternatif 2012 hari ini.

Perikatan itu berkata ia akan mengurangkan perbelanjaan awam sebanyak RM14 bilion kepada RM220 bilion, sekali gus mengurangkan defisit kepada 4.4 peratus.

“Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada KDNK.

Pakatan bentang belanjawan Sejahtera Untuk Semua

Monday 3 October 2011

Kerajaan Peralat Parlimen Untuk Redakan Kemarahan Rakyat Terhadap Proses Pilihanraya



Kenapa tiada jaminan menjelang JK Parlimen siapkan tugas?

KUALA LUMPUR, 3 Okt: PAS mendakwa kerajaan tidak serius untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen untuk memperbaharui sistem pilihan raya.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar(gambar) berkata, ianya terbukti apabila kerajaan tidak dapat memberi jaminan pilihan raya tidak akan diadakan dalam tempoh enam bulan jawatankuasa tersebut menjalankan tugasnya.

Sunday 2 October 2011

Belanjawan: Pakatan bentang pada Isnin

Hudud:DAP tetap bersama PAS dalam Pakatan

Hudud: DAP tetap bersama PAS lawan BN

| Print |
Nazri Abdullah   
KEPALA BATAS, 2 Okt: Perbezaaan pandangan berhubung perlaksanaan undang-undang Islam khususnya hudud tidak bermakna DAP putus kerjasama dengan PAS.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan, DAP tetap akan bekerjasama dengan PAS kerana masih banyak persamaan dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat khususnya melawan BN.

Bercakap sewaktu menyampaikan pidato di program rapat umum sempena Kongres 60 Tahun PAS di sini malam tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga secara tegas menyatakan mereka juga tidak akan bersama Umno biarpun Umno juga sama pendirian dengan DAP menolak perlaksanaan hudud.

"Pimpinan DAP jelas kita tak setuju dengan hudud. Umno pun tak setuju dengan hudud. Tetapi tak kan kerana DAP tak setuju Umno tak setuju, DAP dan Umno nak kerjasama.

Wednesday 28 September 2011

Isu HUDUD: Hasil Mesyuarat Pakatan Rakyat "MENGEJUTKAN"...




Saya petik:

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir dalam mesyuarat Majlis Kepimpinan PR.
[PULAKDAH!] Alhamdulillah isu hudud telah dapat diselesaikan oleh pimpinan PR dengan semangat penuh muafakat. Para wartawan terkejut kerana suasana mesyuarat berjalan dengan baik. Mereka mungkin sangkakan pemimpin PR akan berperang.
PR mengambil keputusan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan, Buku Jingga. Keputusan diambil supaya tidak boleh lari daripada fokus kepada pembaharuan.

PR juga mengakui enakmen undang-undang Islam oleh PAS di Kelantan (93), Terengganu (03) telah diluluskan terlebih dahulu sebelum penggabungan PR, ia bukan sebahagian daripada agenda semasa.


PR turut menghormati agenda PAS dan ia adalah hak parti itu untuk meneruskan perjuangannya, dan ahli-ahli lain di dalam gabungan itu juga mempunyai hak untuk tidak bersetuju.


Antara wartawan yang bersedia untuk menantikan sidang media dari kepimpinan Pakatan Rakyat.
 Untuk keterangan lanjut, sila ke Pulakdah!

P/s: UMCO mengharapkan DAP dan PAS berperang dan seterusnya meranapkan gabungan pembangkang yang membentuk Pakatan Rakyat. Malangnya, kedua-dua parti ini sudah MATANG dalam berpolitik dan menghormati hak orang lain dalam gabungan itu.

Lebih lanjut, MK melaporkan bahawa tiada kata putus untuk melaksanakan Hudud kerana menurut DSAI terdapat keperluan untuk merujuk perkara itu ke majlis pimpinan Pakatan Rakyat kerana undang-undang itu melibatkan pindaan Perlembagaaan.

Biarpun DSAI mengatakan tiada persetujuan bersama dicapai berhubung usaha meminda Perlembagaan seandainya PR berjaya membentuk kerajaan persekutuan, namun perkara perkara itu bukanlah mustahil berbanding dengan keengganan UMCO selaku parti (selaku umat Islam) yang memegang kuasa pemerintahan negara sejak Merdeka melaksanakan hudud.  Sudah 54 tahun, UMCO masih berdolak dalik dengan memberikan pelbagai alasan. Terbaru, ulama dan pemimpin parti itu memberikan "masa/keadaan tidak sesuai" sebagai alasan untuk menolak Hudud. Jika itu dijadikan alasan, maka sampai kiamatlah Hudud tidak dapat dilaksanakan di negara ini.

Pesan DCM kepada orang bukan Islam, hudud itu bukan untuk anda, jangan bimbang. Hormatilah hasrat orang Islam yang mahu melaksanakan undang-undang yang diperintahkan oleh Allah SWT! Apa perasaan anda jika orang lain menghalang/menafikan hak anda?

Tuesday 27 September 2011

Takziah ; Blogger Meninggal


blogger : Dalam dua tiga hari ini, banyak berita yang gua dapat dari pelesit2 gua. Tapi memandangkan gua takda mood nak menaip kebelakangan ini... gua lepak jelah dengan berita2 tu....


Walau apa pun... gua kongsi dengan lu orang sikit2 jelah...;


1) Maklumat dari pelesit gua dalam Petronas, mengatakan Najib Nazak mengarahkan Petronas mengeluarkan minyak (barrel) tiga kali ganda dari pengeluaran sedia ada. Alasannya Keraaaa...jaan memerlukan wang (RM).... hahahaha... (banyak lagi cerita dalaman petronas beb... itu si pendek pun campur tangan...)


2) Maklumat dari pelesit gua dalam Polis, pada minggu depan pegawai2 yang berkaitan akan bermesyuarat untuk membuat perancangan bagi menghadapi PRU-13 pada bulan Disember 2011.
"Bulan" bagi pilihanraya umum sudah kompom, cuma tarikhnya sahaja Najib Nazak belum umumkan sebabnya umno atau keraaaajaan beEnd adalah pengecut nak mampus untuk umumkan tarikh pilihanraya...

3) Maklumat dari pelesit gua dalam MKN (Majlis Keselamatan Negara), melaporkan jika beEnd menang PRU-13 untuk negeri Selangor seseorang yang bernama Farid Bin ???? akan di lantik sebagai Menteri Besar Selangor. Beliau akan bertanding di DUN Meru. Sekarang ini usaha melobi mangkuk ayun nih sedang giat dijalankan. Nampaknya malaun nih sudah mendapat restu Najib Nazak.


4) Maklumat terakhir yang gua baru terima sebentar tadi mengatakan
Blogger Edyess.com telah meninggal dunia hari ini. Jenazahnya akan di kebumikan esok.... innalillah.... wa cakap luuuu....

Tengokk..Amoi ini Bikin Umno "Meroyan"



Suasana diatas inilah yang membuatkan pimpinan UmnoPordan tambah
"Meroyan"...Apa Yang penting,bendera PAS tidak lagi asing kepada kaum bukan
melayu,selama ini UmnoPorndan sering menakut-nakutkan kaum lain terhadap
PAS.Maka
gambar di atas dapat menceritakan segala-galanya..Hancusss Umnoo....

Sumber : karathijau

MARI TENGOK!!! Akhbar Cina belajar jadi pembohong macam Utusan


Lihat gambar di bawah ini. Ketika Najib mengayuh basikal sambil melambai tangannya, ruangan bahagian kanannya kosong.

Lihat pula gambar keratan akhbar di bawah ini. Gambar yang sama, kedudukan dan gelagat yang sama, bezanya tiba-tiba Koh Tsu Koon tercongok di sebelah kanan Najib dan turut sama mengayuh basikal.



Apa tujuan penipuan ini? Sila buat kesimpulan sendiri.
Link

Hasil kerja : Milo Suam

Monday 26 September 2011

[Mesti Baca] :ISU HUDUD... KENAPA NAJIB MENEMPAH KEMURKAAN ALLAH?


ALLAH berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 36, "Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, mempunyai hak membuat pilihan sendiri dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya telah membuat sesuatu keputusan. Siapa yang tidak mematuhi hukum-hukum Allah dan Rasul-Nya, bererti ia telah terjerumus dalam kesesatan yang amat nyata."
Seorang ulama dengan tegas menyatakan bahawa sesiapa yang tidak sanggup menjunjung hukum Allah dan secara terbuka menentang Al-Quran dan sunnah Rasulullah, maka mereka ini tergolong secara langsung sebagai manusia yang menentang Allah dan Rasul-Nya.
Pernah kah kita terbaca atau terjumpa catitan sejarah bahawa terdapat manusia yang menang dalam peperangan menentang Allah? Waliya uzubillah. Saya belum pernah terjumpa buku atau mendengar kuliah yang menyatakan manusia pernah menang dalam peperangan menentang hukum-hukum Allah.
Apa yang saya pernah dengar dan pernah tengok dengan mata sendiri ialah manusia dan bumi dihancurkan Allah angkara keangkuhan dan kesombongan manusia yang menganggap diri mereka lebih hebat dan lebih bijak dari Allah s.w.t.

Najib Guna Duit Judi... UMNO Penang tak mau kutip semula ka?


Bila kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memberikan sumbangan RM100 seorang kepada warga emas di Pulau Pinang, ada pencacai UMNO yang menyebar cerita bahawa wang ehsan itu sumbernya dari hasil judi kuda.. walaupun bukan.

Oleh itu beberapa pemimpin UMNO Pulau Pinang menjalankan gerakan mengutip kembali RM100 tersebut dari puluhan warga emas terbabit.. menariknya wang yang dikutip hingga kini tak sampaipun secara rasmi kepada Kerajaan Negeri... kesian kat Pakcik-pakcik dan Makcik-makcik yang telah diperbodohkan oleh pemimpin UMNO yang bodoh itu..

Wednesday 21 September 2011

Najib tak 'kool', kata Anwar


Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang mahu mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka menjadi saksi pembelaan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak 'kool'.

Sebelum ini, Najib berkata beliau akan memberi keterangan pada perbicaraan liwat II jika disepina yang bermaksud beliau bersedia berdepoan dengan Anwar di mahkamah.

"Najib pilih untuk berundur sebelum bertempur. Ini tidak 'kool'.

Tuesday 13 September 2011

Tidak dijajah : Umno perlu nyatakan pendirian mereka

Panas! Borang petugas PRU-13 kini diedar SPR




WarkahDaily


Dilaporkan hari ini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah pun mengedarkan borang permohonan untuk petugas pilihanraya ke sekolah-sekolah bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Menurut sumber yang diperolehi WarkahDaily Online hari ini, borang permohonan menjalankan tugas SPR pada PRU-13 telah diedarkan ke sekolah-sekolah. Kebanyakan petugas SPR terdiri daripada guru-guru.

“Borang permohonan menjadi petugas pilihanraya dah pun dikeluarkan.

“Ia diedar di sekolah untuk diisi oleh guru yang ingin bertugas (petugas SPR) pada pilihanraya nanti (PRU-13), “ beritahu sumber berkenaan kepada WarkahDaily Online sebentar tadi.

Perkembangan terbaru itu telah memberi satu lagi isyarat PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat.

Sunday 11 September 2011

UMNO TOTOK DAH BENCI UMNO DAN NGAKU MAT SABU BENAR !



Monday, September 5, 2011 
MASYALLAH ! UMNO TOTOK DAH BENCI UMNO DAN NGAKU MAT SABU BENAR Rujuk Dokumetari RTM 1970an : Yusuf Rono mengaku Mat Indera selamatkan nyawanya dari ditembak komunis "Saya adalah penyokong kuat UMNO yang pernah berada di mukim Lenga, Johor. Di Johor kalau seseorang itu kuat UMNO ia akan dipanggil UMNO totok. 
Jadi, saya ini adalah salah seorang UMNO totok. Tetapi sejak akhir-akhir ini kepincangan dalam UMNO tlh membuatkan saya merasa amat benci terhadap UMNO. 
Ini kerana UMNO tlh bnyk memesongkan fakta sejarah negara dan juga mengamalkan kuropsi. dlm peristiwa Bukit Kepong ini adanya betul pendapat YB Mat Sabu yang menyatakan Mat Indera adalah hero sebenar Tanah Melayu pada waktu itu.

Tidak dijajah: Apa pendirian Pemuda Umno


| Print |

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 11 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mencabar pemimpin Umno, khususnya Pemuda Umno untuk menyatakan pendirian mereka terhadap dakwaan Prof. Zainal Kling daripada Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa “Tanah Melayu tidak pernah terjajah, sebaliknya hanya dinaungi atau dilindungi oleh British”.
Ketua DPPM Nasrudin Hassan at-Tantawi berpendapat bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Zainal Kling tersebut tidak mewakili pendirian seluruh cendekiawan dan ahli akademik tanahair dan ianya perlu disokong oleh fakta dan perbahasan secara ilmiah, khususnya dalam persoalan berkaitan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan hubung kait di antara konsep naungan (protectorate), lindungan (protected), kedaulatan (sovereignity) dan kemerdekaan (independence).

Wednesday 7 September 2011

Tauliah: Jangan sampai jadi bahan ketawa

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 7 Sept: Tidak menafikan bahawa pemberian tauliah merupakan satu makanisme bagi menjamin bahawa kesucian Islam dapat dipelihara dan pengajaran agama Islam dapat dipantau dengan baik.
Namun begitu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) hari ini menasihatkan agar jabatan-jabatan agama Islam negeri-negeri di Malaysia agar memudahkan pemberian tauliah kepada golongan yang mempunyai taraf keilmuan agama yang diketahui umum yang ingin membantu mendidik masyarakat Islam.
“Pemberian tauliah mengajar agama merupakan satu makanisme bagi menjamin bahawa kesucian Islam dapat dipelihara dan pengajaran agama Islam dapat dipantau dengan baik.

Umno tercedera dengan senjatanya sendiri

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 7 Sept: Umno disifatkan tercedera dengan senjatanya sendiri apabila membangkit isu ucapan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu dalam isu perjuangan kemerdekaan negara.

Ini kerana, tindakan media Umno yang membangkitkan isu ini menyebabkan semua pihak mula menilai siapakah pejuang kemerdekaan sebenarnya.

"Ternyata kali ini Umno cedera dengan senjatanya sendiri," kata Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Keberanian Mohamad Sabu buka mata kerajaan

Aslani M   
KOTA BHARU, 7 Sept: Ketika Umno dan juaknya menghina Mohamad Sabu (gambar) kerana menjulang pejuang kemerdekaan, di satu sudut lain pula tiba-tiba keluarga anggota polis yang terbabit peristiwa Bukit Kepong baru dijengok kerajaan.
Tanpa usaha dan keberanian Timbalan Presiden PAS sudah tentu keluarga atau waris anggota polis yang terbabit dengan tragedi itu tersisih sehingga sekarang.
Bagi peguam hak asasi manusia, Mohammad Faizal Che Yusof Umno membohongi rakyat kononnya hanya usaha merekalah kemerdekaan negara dicapai.
“Umno tidak lebih seperti si penyumbat gol yang telah menghasilkan bola yang digelecek darah-darah pejuang lain sebelum kewujudan parti Umno.

Monday 5 September 2011

Umno BN cuba alih isu jual kewarganegaraan

Inilah gunanya para SB-SB yang pergi ke setiap ceramah PR, mereka ini tugas mereka ialah mendapatkan quote ucapan dari ceramah anjuran Pakatan, kemudia mereka bawa pulang seterusnya proses putar belit bermula, bertujuan untuk di "spin"
Syabas juru spin pihak United Melay National Organisation, nampaknya rakyat sudah makin lupa mengenai isu MyKAD SEGERA dan KG BARU dalam senarai daftar pemilih online sebagai yang layak mengundi.
Rakyat Malaysia yang bijaksana perlu ubah situasi ini kerana situasi amat mendesak kita supaya perubahan pucuk pimpinan negara perlu diubah dengan kadar segera.

Harakahdaily   
PARIT BUNTAR, 6 Sept: Isu sejarah yang membabitkan Mat Indera dan kematian Noramfaizul Mohd Nor di Somalia sedikit sebanyak telah mengalihkan perhatian negara terhadap hal perbuatan Umno BN menjual kewarganegaraan kepada pendatang asing tanpa izin (Pati) dan pemilik MyPR.
“Bagi saya Umno BN cuba sedaya upaya membenamkan isu penting ini, mereka dingatkan supaya jangan pandang sebelah mata terhadap kemampuan Pakatan bagi menangani kerja-kerja kotor BN yang perkuda SPR dan juga JPN bagi menambah jumlah pengundi hantu BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Sunday 4 September 2011

Mat Sabu serah pada Pemuda PAS lwn KJ



Sep 5, 11 12:45pm

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyerahkan tugas kepada Pemuda PAS untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung isu sekitar peristiwa Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan.

Dengan sinis, Mohamad berkata Khairy "layak" berdebat dengan dewan itu kerana peristiwa serangan bekas pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) Muhammad Indera di balai polis Bukit Kepong berlaku di negeri itu.

"Saya serah kepada Pemuda PAS. Dia (Khairy) seorang yang bijak dan saya hormati. Biar dia berdepan dengan Pemuda PAS.

"Dia Pemuda (berdebat) dengan Pemuda (PAS) Johor," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Ditanya sama ada beliau menolak cabaran Khairy, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata beliau tidak menolak cabaran itu tetapi kedua-dua sayap PAS dan Umno itu lebih sesuai berbuat demikian.

"Saya tidak tolak (berdebat). Biar Pemuda dengan Pemuda (berdebat) kerana mereka layak," katanya lagi.

Debat 'Siapa Pejuang Merdeka', beranikah Umno?


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 5 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melontarkan pertanyaan sinis, beranikah Umno untuk berdebat ‘Siapa Pejuang Kemerdekaan’.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menulis ringkas pertanyaan itu di laman Twitter, pagi ini.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan demikian sebagai mengulas tajuk utama Harakahdaily semalam mengenai kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengajak Umno untuk berdebat terbuka secara ilmiah untuk menangani isu ‘Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?’ dalam sejarah tanah air sebelum Merdeka.

Tarikh PRU-13: 11.11.2011?

Umno seleweng fakta sejarah negara

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 5 Sept: Masyarakat kini melihat seolah-olah sejarah kemerdekaan seperti sejarah Umno semata-mata tanpa membabitkan tokoh yang lain.
Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) melihat isu yang berkaitan dengan pensejarahan hari kemerdekaan negara Malaysia ini tidak akan selesai dan menuju titik kesudahan kerana pihak kerajaan Umno BN yang memerintah sememangnya tidak ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikannya.
Ketuanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata, Umno BN sentiasa mempergunakan isu hari kemerdekaan untuk mempengaruhi, menakutkan dan mengancam rakyat supaya tidak menolak mereka.

Salam Syawal (hari ke tujuh)

Hari ini telah genaplah umat Islam di seluruh dunia menyambut bulan syawal bagi tahun 1432 hijriah, sudah pastinya kegembiraan tersebut telah menjadi salah satu dari detik kenangan yang tidak mudah untuk dilupai, lebih-labih lagi bagi mereka yang sentiasa menginati dan merindui kampung halaman masing-masing.
Detik 1 syawal merupakan satu tarikh yang mampu membuatkan tarikh lain berbeza dan istimewa, walaupun ia disambut dengan penuh kesederhanaan, tetapi meriahnya masing-masing ada kalimah tersendiri sebagai gambaran betapa syahdu,gembira dan unik hari tersebu.
Di dalam bulan yang mulia ini juga Allah telah menjanjikan 1 lagi keistimewaan lain, iaitu amalan puasa 6 yang disunatkan kepada umat Islam supaya mengerjakannya dengan sebaik mungkin iaitu ikhlas. 
Di antara Kelebihan Puasa 6 Syawal ialah,

Wednesday 24 August 2011

PAS: 'Daftar pemilih kotor' untuk tumbangkan S'gor


Abdul Rahim Sabri
Ogos 24, 11
1:22pm
Kongsi 166
Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa pihaknya mempunyai "daftar pemilih kotor" yang didakwa boleh menumbangkan kerajaan negeri Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Mohd Adram Musa berkata pihaknya mempunyai data seramai "puluhan ribu" yang didakwa "pengundi klon".

"Apa yang kami ada, daftar pemilih kotor yang sudah cukup untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor.

"Adakah ini kerja-kerja seperti mana yang disebut oleh perdana menteri yang berkata melakukan apa sahaja untuk mengambil balik Selangor?

"Apa yang kami ada, sudah cukup (untuk) menjatuhkan kerajaan Selangor," katanya.

Menurutnya lagi, berdasarkan analisis pihaknya jumlah pengundi klon itu, membolehkan BN merampas sekurang-kurang sepuluh kerusi DUN di negeri itu.

PAS: Umno layan ulama macam ‘terompah kayu’


August 24, 2011
SHAH ALAM, 24 Ogos — Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Umno melayan ulama seperti “terompah kayu” dan tidak mengiktiraf, malah tidak meletakkan golongan itu di kedudukan terbaik dalam pentabiran negara.
Tegas Ketua Penerangan PAS (gambar) ini, ulama tidak akan dihormati dan disanjung jika ia tidak diiktiraf oleh mana-mana parti atau pentadbiran negara.
“Ulama perlu ada tanggungjawab dan pengiktirafan tapi kalau kita duduk dalam parti yang tidak iktiraf ulama dan tak terima nasihat ulama, nak buat apa... ulama adalah pemandu kepada pemimpin supaya pemimpin ikut nasihat ulama berlandaskan hukum Islam.
“Itu yang jadi (dalam Umno), bila perlu pakai (ulama), kalau tak perlu tak pakai . . . itu yang macam terompah kayu dan ‘rice cooker’, kita tidak mahu ulama kita duduk sahaja, pemimpin mesti dipandu, kalau pemimpin baik rakyat juga akan baik,” katanya Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti anjuran hari ini.
Terompah kayu merujuk kepada selipar yang digunakan untuk ke tandas.
“Pakai (terompah kayu) bila nak pergi tandas sahaja,” katanya.

Bukan saya minta maaf, Rosmah kena jelaskan - Che'gu Bard

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Badrul Hisham Shahrin atau Che'gu Bard tidak bercadang untuk memohon maaf kepada isteri perdana menteri, Datik Seri Rosmah Mansor ekoran dakwaannya tentang cincin bernilai RM24.45 juta.

Sebaliknya, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini, Rosmah yang seharusnya tampil untuk menjelaskan duduk perkara sebenarnya mengenai perkara itu.

"Tidak ada keperluan untuk che'GuBard mohon maaf. che'GuBard tidak ada kena mengena dengan permohonan maaf Kompas atau Pengarah Komunikasi PKR," kata che'GuBard dalam kenyataannya hari ini.

Che'GuBard menjawab tekanan dari media milik Umno agar beliau memohon maaf kerana mendakwa kononnya Rosmah memilik cincin itu.

Umno tidak berusaha banteras jenayah murtad

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menganggap Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus ibarat ‘meludah ke langit dan terkena muka sendiri’.
Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, isu yang cuba dibangkitkan adalah berkenaan pihak Pakatan Rakyat Selangor tidak berupaya untuk menjaga aqidah ummat Islam daripada dimurtadkan oleh pihak Kristian.
“Beliau mengaitkan dengan tiadanya tindakan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama di atas isu yang berlaku baru-baru ini semata-mata Pakatan Rakyat amat memerlukan undi orang Kristian,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, setelah 50 tahun lebih Umno BN memerintah Selangor dan kini setelah kehilangan kuasa barulah Umno BN sedar kerosakan yang telah mereka lakukan terhadap agama Islam yang menyebabkan ramai orang Islam yang susah terpaksa merempat, mengemis dan terpaksa menjual agama semata-mata untuk meneruskan kehidupan mereka.

Saya minta jangan tuduh Dr M tak dengar - Harussani

Harakahdaily   
KUALA LUMUR, 24 Ogos: Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) mendakwa beliau pernah meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar jangan membuat tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim jika tidak cukup bukti.

Namun demikian, nasihat itu tidak didengar oleh Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri dahulu, kata Harussani dalam  wacana Ulama Politik Untuk Dakwah atau Parti? yang bermula jam 11.00 pagi tadi di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

“Saya, banyak perkara suruh Dr Mahathir berhenti (tidak lakukan), tapi ada tiga perkara beliau tidak mahu berhenti, yang pertama bila nak pecat, Anwar saya ditahan daripada jumpa perdana menteri.

Tuesday 23 August 2011

TERKINI!!Liwat Fasa 2: Tak Sama DAN Tak Serupa!!


Tuesday, August 23, 2011 - TERKINI!!Liwat Fasa 2: Tak Sama DAN Tak Serupa!!

TERKINI!!!

Saksi ke tiga pakar forensik dan patologis dari Australia, Dr David Wells memberitahu mahkamah bahawa terdapat kecacatan pada laporan perubatan dan borang 'proforma' yang dikeluarkan Hospital Kuala Lumpur terhadap pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Dalam keterangannya di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah hari ini, David menyatakan tiada kesan pendarahan pada dubur dicatatkan dalam laporan perubatan oleh Dr Siew Sheue Feng yang memeriksa Saiful.

Namun apa yang meragukan, nota mengenai kesan pendarahan tercatat pada borang 'proforma' yang digunakan untuk memeriksa si pengadu.

Selain itu, David turut mempersoalkan catatan doktor yang menyebut 'tiada penemuan konklusif' sedangkan menurut pengalaman beliau ianya harus ditulis 'tiada sebarang penemuan".

Islam bertapak di tanah bikini-mini dan karnival

Claire de Oliveira (AFP)   
RIO DE JANEIRO, 23 Ogos: “As-salam-aleikum!” Ucap Omar kepada para jemaah semasa memasuki masjid pertama di Rio iaitu Mesquita da Luz selepas beliau berbuka puasa.

Itulah antara bahasa Arab yang Omar tahu dan beliau terus meneruskan perbualannya dalam bahasa Portugis bersama rakan-rakan Islam yang lain, yang sepertinya baru memeluk agama tersebut di dalam negara terbesar penganut Kristian Katholik.

(Umat Islam sembahyang di Rio ketika anak-anak mereka bermain-main)

Pencarian Keberkatan Lailatul-Qadar Bermula. Ratusan Ribu Umat Islam Banjiri Masjidilharam


Ratusan ribu jemaah dari seluruh pelusuk dunia mula membanjiri Masjidilharam untuk mengerjakan ibadah umrah, menunaikan solat Tarawih dan qiamullail bagi mencari keberkatan malam Lailatulqadar.

Gambar: BEREBUT PAHALA: Ratusan ribu jemaah melakukan tawaf di Masjidil Haram, Makkah, pada Sabtu lalu. Ditaksirkan hampir tiga juta umat Islam mengerjakan solat qiamullail secara berjemaah di masjid tersebut dan Masjid Nabawi di Madinah. -- Foto AP