Galeri kami

blog 'tak aktif', tapi facebook terus aktif (hehe)

Twitter Updates

There was an error in this gadget

Monday, 3 October 2011

Kerajaan Peralat Parlimen Untuk Redakan Kemarahan Rakyat Terhadap Proses Pilihanraya



Kenapa tiada jaminan menjelang JK Parlimen siapkan tugas?

KUALA LUMPUR, 3 Okt: PAS mendakwa kerajaan tidak serius untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen untuk memperbaharui sistem pilihan raya.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar(gambar) berkata, ianya terbukti apabila kerajaan tidak dapat memberi jaminan pilihan raya tidak akan diadakan dalam tempoh enam bulan jawatankuasa tersebut menjalankan tugasnya.



"Pakatan minta jaminan pilihan raya tidak akan diadakan sehingga selesai tempoh enam bulan jawatankuasa ini menjalankan tugas mereka.

"Tapi kerajaan tidak dapat beri jaminan dan (Datuk Seri) Nazri (Aziz) kata itu hak Perdana Menteri untuk nak bubar Parlimen dan adakan pilihan raya," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Naib Presiden PAS itu juga berkata, kerajaan seolah-olah menggunakan Parlimen untuk meredakan kemarahan rakyat yang sedar berlakunya penyelewengan dalam proses pilihan raya.

"Kerajaan main-main, menggunakan dewan ini untuk mempermainkan hasrat hati rakyat untuk melihat sistem pilihan raya yang bersih, sekadar nak redakan kemarahan rakyat," katanya.

Selain itu kata Mahfuz, kerajaan juga tidak dapat memberi jaminan segala keputusan jawatankuasa tersebut digunapakai walaupun melibatkan proses undang-undang.

"Satu lagi kita minta jaminan supaya rumusan dan cadangan jawatankuasa ini hendaklah diterima dan dibawa untuk memastikan proses pembaikan.

"Kalau sampai peringkat membabitkan undang-undang dan sebagainya kena diterima, selepas itu baru boleh buat pilihan raya," katanya.

Nada yang sama turut disuarakan seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

Salahuddin sewaktu bangun mencelah ketika usul tersebut dibahaskan mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memberikan jawapan yang konkrit mengenai perkara tersebut.

"Izinkan jawatankuasa khas bersidang dalam masa enam bulan dan tidak ada pilihan raya dan kalau ada keputusan penting, itu tanggungjawab kerajaan untuk menunaikannya.

"Adakah jaminan itu boleh diberi oleh menteri yang senior dan kami mengharapkan jaminan yang konkrit, bukan berdolak dalih," katanya. -HD


Sumber

No comments:

Post a Comment