Kangkung kena racun kah3
MC -
Tidak seperti ketuanya, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
kelihatan mengambil langkah-langkah yang bijak. Sebalik membuta-buta
mencuba untuk mengaburi fakta yang diterima baik oleh rakyat negara ini,
Muhyiddin akhirnya mengakui Malaya merupakan tanah jajahan British
sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Kenyataannya
itu dengan sekelip mata memberikannya mata kemenangan, dan beliau kini
dianggap sebagai wakil rakyat yang lebih mantap dan lebih dipercayai
berbanding dengan Perdana Menteri Najib Razak. s
Sebalik
menggunakan pengetahuan umum, Najib telah menggunakan ancaman-ancaman
dan kuasa undang-undang untuk mendakwa Naib Presiden PAS Mat Sabu dengan
tuduhan jenayah fitnah di atas insiden Bukit Kepong, yang melihat
kembali bagaimana dan siapa pejuang-pejuang yang membantu Malaya
mencapai kemerdekaan daripada British.
Ramai
yang menuduh Najib bersikap seperti 'lalang', mengambil keputusan bukan
kerana ianya betul tetapi kerana beliau menyangka itu akan menjaga hati
komuniti Melayu dan membuatkan mereka menyokong beliau.
Walau
bagaimanapun, jelas kelihatan yang PM telah membuat perkiraan yang
salah, dan sekarang Muhyiddin menyelesaikan masalah ini untuk UMNO dan
BNdalam insiden yang telah membuat ramai rakyat Malaysia, termasuklah
orang-orang Melayu berpaling daripada BN.
"Pernahkah
kita dijajah? Ya. Kita sudah merayakan kemerdekaan setiap tahun.
Mestilah bukan untuk perkara sia-sia. Mereka menerima nasihat daripada
residen British, tetapi nasihat-nasihat itu harus diterima.
Sultan-sultan tidak bebas untuk memerintah," kata Muhyiddin di Parlimen
pada hari Rabu.
Beliau
menjawab soalan daripada Azmin Ali, MP PKR untuk Gombak. TPM itu juga
berkata walaupun ada yang berhujah Sultan-sultan Melayu cuma menerima
'nasihat' daripada British, tetapi dia berpendapat bahawa mereka itu
dikawal di bawah pemerintahan British, samada secara langsung atau
tidak.
Prospek terhad

Tetapi jika Muhyiddin dan penyokongnya berpendapat mereka boleh menuju kemenangan, mereka tentunya salah.
Tidak
semua orang Melayu menerima Muhyiddin kerana sikapnya yang serius dan
kurang imaginatif itu. Beliau dianggap ramai sebagai lebih baik sedikit
berbanding Ghaffar Baba, bekas TPM, yang gagal untuk menunjukkan
prestasinya dan gagal untuk menunjukkan kebolehannya untuk membawa
Malaysia maju ke hadapan.
Untuk
orang-orang bukan Melayu pula, ramai orang-orang Cina tidak menyukainya
kerana kenyataan 'Melayu dulu, Malaysia kemudian'nya itu. Mereka
melihat beliau hanya mementingkan orang-orang Melayu sahaja dan sebagai
seorang yang boleh mempergadaikan kepentingan kaum-kaum lain.
Silap Najib

Untuk Najib pula, pegawai-pegawainya terlalu bergantung kepada loghat UK dan penampilan urbannya.
Sudah
tiba waktunya untuk pemimpin-pemimpin UMNO menerima di sebalik
orang-orang Melayu yang membentuk 55% daripada populasi negara, untuk
memimpin negara ini mereka haruslah menjadi Perdana Menteri untuk semua
rakyat Malaysia.
Mereka
tidak boleh hanya bergantung kepada undi orang-orang Melayu yang sudah
pun berpecah, dengan PAS dan PKR memegang porsi yang agak besar. Dan
usaha-usaha memperjuangkan Melayu tidak akan mengubah pendirian
pengundi-pengundi ini kerana mereka berkepercayaan yang mendalam bahawa
UMNO itu korup dan tidak mengamalkan Islam dengan benar.
"Masalah
untuk Najib ialah dia memandang remeh terhadap rakyat. Dia menyangka
dengan mempunyai imej yang berpatutan dan melambai lambaian 1Malaysianya
itu sudah mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri untuk semua rakyat
Malaysia. Tetapi kita sudah mengujinya selama hampir 3 tahun sekarang
ini dan jelaslah yang beliau sudah gagal.Tetapi untuk Muhyiddin, saya
yakin dia akan menjadi presiden UMNO tidak lama lagi tetapi saya curiga
samada dia dapat menjadi Perdana Menteri atau tidak," kata Naib Presiden
PKR Chua Jui Meng, yang juga berasal daripada Johor, kepada Malaysia Chronicle.
Curiga halangan utamanya

Satu
lagi halangan besar untuk Muhyiddin ialah prestasinya sebagai Menteri
Pendidikan yang kurang cemerlang. Bagi semua kaum, prestasinya hanya
lebih baik sedikit berbanding sepupu Najib, Hishamuddin Hussein, yang
sekarang ini merupakan Menteri Dalam Negeri.
Sebagai
Menteri Pendidikan, Muhyiddin membuat keputusan yang akan sentiasa
menjejaskan hubungannya dengan orang-orang bukan Melayu. Sebagai contoh,
pembelaannya terhadap beberapa pengetua-pengetua sekolah yang pernah
mencela murid-murid Cina dan India, tomahannya terhadap penyanyi rap
Namewee di atas video 'Nah' nya, novel Interlok yang beliau enggan
singkirkan daripada senarai buku-buku sastera sekolah di sebalik
mengandungi perkataan-perkataan seperti pariah yang tidak diterima oleh
kaum India dan Cina.
Barangkali,
sekiranya Muhyiddin yang sudah berumur 64 tahun itu, serta
penyokong-penyokongnya ingin tahu sejauh mana prospek masa depannya,
mereka patut melihat kebimbangan rakyat semua kaum tentang bagaimana
beliau mengendalikan isu 'sejarah' negara.
Sememangnya,
ketakutan yang jelas wujud sekiranya dengan jawatannya sebagai Menteri
Pendidikan, Muhyiddin akan meluluskan penulisan semula fakta-fakta
sejarah untuk menngukuhkan kedudukan UMNO, dan megukuhkan jawatan dan
kuasanya sendiri. Ketakutan ini yang menampilkan rasa curiga rakyat
Malaysia terhadap beliau.
Putar belit sejarah
Sementara
itu, ahli PKR Azmin Ali menyoal Muhyiddin sekiranya terdapat rencana
untuk memasukkan subjek "falsafah sejarah" di dalam pembelajaran di
sekolah-sekolah, selain daripada hanya mendidik pelajar dengan fakta
sejarah sahaja.
Muhyiddin
pada awalnya berkata terdapat satu komiti untuk memastikan pembelajaran
subjek itu merangkumi fakta dan tafsiran kejadian. Ini adalah untuk
memantapkan lagi pemahaman pelajar terhadap sejarah, katanaya sewaktu
menjawab pertanyaan Shamsul Anwar Nasarah, Ahli Parlimen BN untuk
Lenggong.
Kepada
Azmin, TPM berkata penafiran fakta termasuk falsafah dan pemahaman
sejarah boleh berbeza di antara satu sama lain, dan ini boleh
menyebabkan berlakunya slah faham.
Oleh
itu, penafsiran sejarah haruslah dilakukan oleh pakar-pakar dan
bukanlah rakyat biasa dan ahli-ahli politik, tambah Muhyiddin. Kata-kata
yang beliau sendiri harus akur. Tetapi akankah beliau?
Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment