Galeri kami

blog 'tak aktif', tapi facebook terus aktif (hehe)

Sunday 4 September 2011

Mat Sabu serah pada Pemuda PAS lwn KJ



Sep 5, 11 12:45pm

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyerahkan tugas kepada Pemuda PAS untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung isu sekitar peristiwa Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan.

Dengan sinis, Mohamad berkata Khairy "layak" berdebat dengan dewan itu kerana peristiwa serangan bekas pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) Muhammad Indera di balai polis Bukit Kepong berlaku di negeri itu.

"Saya serah kepada Pemuda PAS. Dia (Khairy) seorang yang bijak dan saya hormati. Biar dia berdepan dengan Pemuda PAS.

"Dia Pemuda (berdebat) dengan Pemuda (PAS) Johor," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Ditanya sama ada beliau menolak cabaran Khairy, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata beliau tidak menolak cabaran itu tetapi kedua-dua sayap PAS dan Umno itu lebih sesuai berbuat demikian.

"Saya tidak tolak (berdebat). Biar Pemuda dengan Pemuda (berdebat) kerana mereka layak," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment