Galeri kami

blog 'tak aktif', tapi facebook terus aktif (hehe)

Sunday 1 May 2011

Kenapa kita relakan kesucian masjid dicemari dengan agenda fitnah gerombolan 'Datuk T'?

by alhusseyn

Mencemar kesucian sebuah masjid denganSebuah hadis Nabi yang mafhumnya : Barangsiapa yang melihat di sekeliling kamu kemungkaran, maka ubahlah dengan tanganmu, maka jika kamu tidak mampu, maka dengan lidahmu, maka jika tidak mampu juga, maka dengan hatimu, yang demikian itu adalah serendah-rendah iman.


Secara umumnya , ia menggalakan kita supaya memberikan respon terhadap kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita.Sama ada dengan kuasa yang ada pada kita atau dengan kata-kata nasihat – sama ada lembut atau keras bergantunglah dengan keadaan atau suasana.

Dan kalau itu pun tidak mampu kita lakukan, Nabi kata hendaklah kita menentangnya dalam hati; yakni tidak redha dengan apa yang berlaku.Nabi kata, ini adalah tindakan mereka yang rendah imannya.

Kita tidak sepatutnya jadi penonton saja. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menjaga imej dan kesucian Islam terutama mereka yang perjuangkan Islam.

Bila mana ada yang bertindak cuba menghalang ‘sumpah mubahalah’ daripada berlaku disebuah masjid jumaat lalu, maka seharusnya kita berasa bersyukur kerana masih ada beberapa kerat manusia yang imannya masih tinggi dan berani.

Tindakan berani ini bukanlah sikap kurang ajar atau tingkah llaku yang keterlaluan yang tidak bertempat. Khabar mengatakan, bahawa khatib yang bertugas di masjid tersebut juga telah menyentuh bab ‘bersumpah’ ini dan menasihatkan agar perkara tersebut tidak dilakukan.

Namun syaitan yang bertopengkan manusia ini tetap berkeras dan membantah segala nasihat dari mereka yang lebih berilmu dan boleh dipercayai lalu meneruskan skrip mengikut agenda konspirasi yang telah disusun atur rapi dengan kerjasama berapa pihak tertentu.

Malah ada yang melaporkan adanya kelibat ketua Jakim turut berada di tempat tersebut.Juga dipercayai sepasukan UTK telah mengawal gerombolan ‘Datuk T’ disepanjang program mungkar yang berlangsung dalam masjid itu.Laporan juga mengatakan gerombolan ‘Datuk T’ memakai jaket kalis peluru; cuma tidak ada pengesahan sama ada jaket tersebut ada tertulis ‘Hak Kerajaan’ atau tidak!

Yang peliknya, kenapa ada pula yang marah-marah apabila ada segolongan manusia yang cuba menghalang perbuatan gerombolan yang terkutuk lagi mungkar tersebut daripada berlaku dalam sebuah masjid yang sepatutnya dipelihara kesuciannya dari dicemari unsur-unsur fitnah dan yang sangat mengaibkan?

Kalau yang marah-marah ini dari golongan gerombolan seperti inihingga menganggap perilaku demikian sebagai 'JIHAD'! dan ini, al-maklumlah.Tetapi aduhai, entahlah….


Walau bagaimana pun, kita semua harus bersatu dalam menghadapi gejala konspirasi yang cuba memecah belahkan Pakatan Rakyat.Itulah fokus Umno/BN. Sasaran sebenar mereka bukan Anwar semata-mata!

No comments:

Post a Comment