Galeri kami

blog 'tak aktif', tapi facebook terus aktif (hehe)

Twitter Updates

There was an error in this gadget

Thursday, 5 May 2011

Annuar Masuk PAS

Oleh: orangklawang

"Kuala Klawang, Jelebu - 4 Mei 2011 - Pada hari ini PAS Kawasan Jelebu telah menerima kemasukan Hj Annuar Bin Hashim ke dalam PAS. Hj Annuar Hashim adalah bekas orang kuat United Malays National Organisation (UMNO) di Jelebu ini. Beliau telah bersama dengan UMNO selama 35 tahun. Jawatan terakhir beliau bersama UMNO adalah sebagai Pegawai Peribadi Khas kepada EXCO Pertanian Negeri Sembilan iaitu Dato' Yunus Rahmat yang juga ADUN Klawang. Hj Annuar dahulu berkhidmat sebagai pegawai FELDA selama lebih 20 tahun dan pernah berkhidmat di Gua Musang selama 9 tahun. Satu sidang akhbar khas telah diadakan dengan dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS NS, YB Hj Taufek Ghani dan En Yau Con Seng (Pengerusi DHPPNS).



Dari kiri Saudara Zulkefly (Pesuruhjaya PAS NS), Hj Anuar Bin Hashim dan
YB Hj Taufek Ghani (ADUN Paroi) dalam sidang akhbar sempena kemasukan
Hj Annuar ke dalam PAS

Menurut Hj Annuar FELDA adalah salah satu agensi kerajaan yang mencapai keuntungan beratus juta setahun dan pernah sekali FELDA pernah mencapai keuntungan sehingga 1 billion ringgit. Menurut beliau lagi ini kerana semenjak tahun 1980 FELDA telah memberhentikan kemasukan peneroka ke rancangan tanah FELDA, sebaliknya mereka (FELDA) telah menubuhkan FELDA Plantations yang telah lari dari konsep asas, asal penubuhan FELDA. Penipuan dalam Gred buah sawit memang telah lama berlaku menurut beliau.


Kiri sekali En Yau Con Seng Pengerusi DHPPNS
turut hadir dalam sidang akhbar tersebut.

Tuan Haji Annuar adalah lulusan Universiti Malaya dalam bidang ekonomi. Apabila ditanya kenapa secara tiba-tiba beliau ingin meninggalkan UMNO setelah bergelumang selama 35 tahun dalam parti tersebut. Beliau menyatakan beliau telah muak dengan cerita fitnah UMNO ke atas Anwar Ibrahim yang tidak habis-habis dan beliau juga tidak nampak perubahan ekonomi yang drastik seperti yang diwar-warkan oleh UMNO/BN yang ingin dibawa ke Malaysia setelah lebih 50 tahun memerintah. Rakyat Malaysia semakin terhimpit, susah nak cari makan dan menghadapi kehidupan yang stress sekarang dengan kenaikan harga barang, kata beliau lagi. Ini lah yang menyebabkan beliau berpatah arang dengan UMNO dan mencari platform baru untuk meneruskan perjuangan rakyat. Sebagai contohnya di Jelebu ini mana ada bas ke Simpang Durian dan Pertang, kata beliau. Macam mana nak naikkan ekonomi atau maju kalau bas pun tak ada memberikan perkhidmatan walaupun sudah lebih 50 tahun kita merdeka, ujar beliau lagi.


Pesuruhjaya menyarungkan jaket PAS kepada Hj Annuar
simbolik penerimaan kemasukan Hj Annuar ke dalam PAS

Haji Annuar telah menyerahkan borang kemasukan beliau ke dalam PAS kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Saudara Zulkefly Mohamad Omar dengan disaksikan oleh YB Hj Taufek (ADUN Paroi). Pesuruhjaya bersama YB Taufek dan rombongan adalah dalam siri lawatan kerja ke Daerah Jelebu. Rombongan Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan terdiri dari En Yau Con Seng (Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS NS) bersama dengan Ketua Muslimat dan AJK Muslimat yang lainnya.



Hj Annuar menyerahkan borang ahli PAS beserta bayaran RM5

Pesuruhjaya dalam ucapan beliau berharap Tuan Hj Annuar dapat menyumbangkan bakti dengan membantu PAS Kawasan Jelebu dalam PRU-13 nanti. Kita berharap dengan bantuan Hj Annuar nanti Pakatan Rakyat dapat menawan seluruh Parlimen Jelebu dan merealisasikan tumbangnya satu lagi negeri ke tangan pemerintahan Pakatan Rakyat, kata Pesuruhjaya.

http://pasjelebu.blogspot.com
http://orangklawang,blogspot.com

***RALAT*** - dalam artikel orangklawang tajuk "Masih Ada Yang Sayang di Kg Orang Asal" tarikh peristiwa adalah pada 4 Mei 2011 dan bukan 4 April 2011 seperti yang tertera. MAAF. "

No comments:

Post a Comment