Galeri kami

blog 'tak aktif', tapi facebook terus aktif (hehe)

Thursday 14 April 2011

Sokongan pengundi pada calon PAS makin terserlah

SEBUYAU, 14 April: Sokongan pengundi kepada calon PAS di Dun Sebuyau, Haji Adam Ahid semakin terserlah menjelang hari mengundi pada 16 April ini.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Sarawak bukan sahaja mempunyai keluarga besar di Dun ini tetapi ramai kenalan daripada beberapa kaum.
Sepanjang tempoh berkempen, beliau tidak mempunyai masalah bertemu dengan para pengundi yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.
Kempen hari kelapan semalam, beliauterus membuat seruan agar pengundi tidak takut untuk membuat perubahan dengan menolak BN-PBB dan memilih PAS sebagai wakil untuk membela nasib mereka di negeri sendiri.

Menemui penduduk di Kampung Seruyuk di daerah Semunjan petang semalam, Haji Adam bersama beberapa pimpinan PAS Pusat mengingatkan mereka agar membuat pilihan yang tepat jika mahu suara mereka dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri.


Beliau dalam ucapan ringkasnya berkata, rakyat Sarawak perlu berani membuat perubahan seperti rakyat di Semenanjung kerana mereka berhak memilih pemimpin yang mampu membela nasib mereka.


"Pengundi mesti memberanikan diri untuk berubah, tukar pimpinan seperti yang berlaku di negeri-negeri di Semenanjung," katanya.


Turut bersama beliau Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, Exco Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar yang juga ahli Parlimen Jerai dan Exco PAS Perak, Razlan Zakaria.


Pada sebelah malamnya pula, beliau mengunjungi rumah panjang Lunying dan Belimbing Besi yang masing-masing didiami kira-kira 300 dan 210 penduduk kaum Iban.

Ada yang pada mulanya hanya menjengukkan kepala daripada tingkap rumah namun keluar bersama-sama apabila melihat suasana meriah di anjung rumah.
Ternyata masyarakat Iban memberi kerjasama yang baik kepada calon dan petugas PAS yang mengunjungi rumah panjang mereka.

Melihat cara mereka, ternyata mereka sudah mengenali Haji Adam sejak dahulu lagi. 


by harakah

No comments:

Post a Comment