Galeri kami

blog 'tak aktif', tapi facebook terus aktif (hehe)

Friday 1 April 2011

Khalil Idham : Rakyat Sarawak Perlu Letak Syarat Kepada BN

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PARIT BUNTAR, 1 April :- Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata bahawa BN selalu menyatakan ia sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyat dan selalu sayang rakyat tetapi sentiasa dengan bersyarat supaya menangkan calon BN terlebih dahulu.

“Dalam perkembangan terbaru ini menjelaskan bahawa rakyat tidak perlu sayang kepada kerajaan BN , baginya rakyat Sarawak mestilah bertekad dengan menghukum BN terlebih dahulu dalam pilihanraya kali ini” katanya ketika ditemui di sini.

"Rakyat Sarawak perlu meletakkan syarat kepada BN bahawa sekali ini peluang akan diberikan kepada Pakatan Rakyat untuk 5 tahun akan datang" katanya

Tambahnya dalam konteks politik di Malaysia situasi menang-menang antara rakyat dan kerajaan belum berlaku lagi. Baginya rakyat terus dihimpit dengan kesusahan dan kenaikan harga barang selepas habis pilihanraya.

"Selain itu rakyat dihimpit dengan pelbagai akta dan undang-undang khususnya dalam hal berhimpun dan bebas bersuara" katanya.

Menurutnya yang juga Ketua Penerangan Pas Perak, PR komited dan bersungguh mewujudkan situasi menang-menang dalam amalan pentadbiran di Malaysia. Ini telah dibuktikan di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat

Khalil juga menjelaskan di Sarawak, persoalan adakah BN sayang terhadap rakyat sudah boleh di muziumkan kerana ia mustahil direalisasikan berikutan hak rakyat di negeri itu telah dinafikan untuk ke sekian lama.

“Rakyat merana sudah puluhan tahun, kemudian apabila menjelang pilihanraya wujud pula janji untuk selesaikan masalah, selepas itu janji hanya tinggal janji dan rakyat perlu tunggu 5 tahun lagi untuk mendengar janji yang sama,” katanya.

Dalam pada itu beliau menjelaskan demokrsi yang dilaung-laung sebenarnya hanya satu pembohongan, buktinya ceramah anjuran Pakatan Rakyat dikenakan sekatan yang amat hebat sekali.

Khalil yang juga Adun Titi Serong menjelaskan Sikap “double standard” BN terhadap rakyat bukan perkara baru, justeru perkara ini perlu kan perubahan segera.

“Rakyat mempunyai pilihan, maka medium pilihanraya adalah medan yang terbaik bagi rakyat menghukum BN dan memilih Pakatan Rakyat bagi memastikan kehidupan rakyat terjamin untuk 5 tahun akan datang” ujarnya.

Sebagai kerajaan menanti, Pakatan rakyat konsisten untuk mengembalikan autunomi kepada Sarawak sebagaimana yang disebutkan dalam Perjanjian Persekutuan.

Rakyat Sarawak selama ini tidak mendapat laba dari keuntungan minyak Negara dimana royalti 5% yang diamalkan masa kini tidak wajar dan memerlukan kajian semua, Pakatan Rakyat berjanji akan menaikkannya kepada 20% setelah berada di Putrajaya.

“Ini janji Pakatan Rakyat andai berjaya mentadbir Malaysia, dan gelombang itu perlulah dimulai dengan perubahan Sarawak oleh rakyatnya bagi menyelamatkan Malaysia dari BN,” katanya ketika menutup sesi temuramah.

Oleh : Hafizi Pauzi

No comments:

Post a Comment