Galeri kami

blog 'tak aktif', tapi facebook terus aktif (hehe)

Twitter Updates

There was an error in this gadget

Wednesday, 20 April 2011

Rupa-rupanya Email 1Malaysia Adik Najib Punya!!!

Oleh: laniismaa

"Najib beriya-riya menwar-warkan tentang email 1Malaysia. Hari ini Najib menjelaskan bahawa projek e-mel 1Malaysia yang diumumkan semalam merupakan inisiatif sukarela sektor swasta dan tidak membabitkan wang awam.Ia dipelopori oleh Tricubes Bhd yang mendapat kontrak email 1Malaysia dengan pelaburan RM50 juta ini yang juga termasuk pembangunan sebuah laman portal.

Jadi apabila dikatakan tidak membabitkan dana awam dan swasta bermurah hati mengeluarkan belanja kita perlu berfikir sedikit. Apa sebab mereka begitu bermurah hati sehingga RM50 juta.

Kita sama-sama baca apa yang Merdeka Review laporkan. Syarikat Tricubes Berhad yang diberikan kontrak 1Malaysia email bernilai RM50 juta kini berdepan dengan masalah kewangan, dan disenaraikan Bursa Malaysia sebagai status GN3. Seandainya syarikat ini gagal mengetengahkan program menstruktur semula kewangannya pada hujung Oktober 2011, maka ia mungkin berdepan dengan nasib untuk ditarik dari penyenaraian

Apa yang menarik, pemegang saham kedua terbesar Tricubes Berhad adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund yang ditubuhkan Bank Negara bersama Commerce Group (atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group).

Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini telah dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak. Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group. Untuk tulisan penuh sila ke sana.

Satu lagi, kenapa kita bersusah payah untuk menerima propaganda BN melalui email. Tak cukupkah lagi dengan propaganda yang dilemparkan kepada kita melalui media semasa. Sepatutnya Najib kena ajak gergasi Google atau Yahoo sebar propaganda BN. Itupun kalau mereka mahu!!
 
EkEle.Net "

No comments:

Post a Comment