Galeri kami

blog 'tak aktif', tapi facebook terus aktif (hehe)

Wednesday 20 April 2011

Postmortem: Apakah yang telah berlaku di Sarawak?

Taktik Kotor Barisan Nasional

1.Pakatan Rakyat Sarawak VS Kerajaan Persekutuan Malaysia
-Sudah jadi lumrah Pilihanraya Malaysia apabila tibanya pilihan raya kecil atau umum,Barisan Nasional tidak ketinggalan daripada menggunakan kuasa mereka sebagai kerajaan pusat untuk menggagalkan kemaraan parti pembangkang. Tetapi,apa yang berlaku di PRN Sarawak amat aneh dan luar biasa. Kita dilaporkan bahawa keseluruhan program-program Barisan Nasional diatur penuh oleh Barisan Nasional pusat sehingga jentera Barisan Nasional Sarawak pun tidak tahu apakah program BN yang telah/sedang/bakal diadakan di negeri itu.
 
2.PACA (Polling Agent Counting Agent) diugut dan dibeli
-Taktik kotor BN ini amat berkesan. Jika para saudara masih ingat lagi kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat akan menafikan mejoriti 2/3 pada PRN Sarawak,mungkin terasa kecewa apabila terdengar keputusan PRN Sarawak,dimana PR Sarawak gagal untuk menafikan mejoriti 2/3 BN di DUN Sarawak. Kata-kata beliau bukanlah retorik politik semata-mata.DSAI mengeluarkan kenyataan tersebut berdasarkan pengalaman beliau yang turun padang untuk berkempen sehingga mejelajah beribu kilometer sehari termasuklah perjalanan ke kawasan pedalaman yang mengambil masa sehari suntuk. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa DSAI pernah memberi ingatan kepada jentera PR Sarawak supaya berwaspada semasa hari mengundi kerana pelbagai program telah dijalankan dan telah berkerja keras,tetapi jikalau finishing tidak elok maka kita gagal dalam usaha untuk menafikan mejoriti 2/3 BN. Ingatan DSAI menjadi kenyataan apabila beberapa PACA 'tumbang' dengan tawaran BN.Antaranya ialah,PR Sarawak telah menetapkan dan memberikan RM 250 sebagai elaun kepada PACA.Tetapi malam sebelum pilihan raya diberitakan bahawa para PACA PR diberi suap sebanyak RM 500 oleh BN supaya mereka tidak berkerja pada hari pengundian.

3.Politik Bomoh
-Saya percaya bahawa teknik Bomoh ini tidak pernah berlaku pada mana-mana pilihanraya ditas muka bumi ini selain daripada di bumi kenyalang. Ilmu sihir dan peranan bomoh digunakan oleh BN untuk menggagalkan kemaraan Pakatan Rakyat. Sepupu Tok Uban yang menjadi calon PR Sarawak merupakan antara mangsa poltik Bomoh yang diterajui oleh Barisan Nasional. Beliau diberitakan bahawa terkena ilmu sihir semasa penamaan calon sehingga gugup dan tidak boleh bercakap diatas pentas selama 3 hari selepas penamaan calon. Semasa penamaan calon,terdapat 4 orang individu yang bersongkok tinggi dan hiasan badan yang amat aneh yang membawa imaj Bomoh telah duduk dibelakang colon PR dan melafazkan beberapa ayat.Oleh kerana itulah,terdapat baner-baner "Tolak Politik Bomoh" di kawasan bandar.Bagi mereka yang tidak percaya kepada ilmu sihir dan Bomoh harus ingat bahawa imej Bomoh yang menakutakan sudah cukup untuk melancarkan perang psikologi dan meruntuhkan semangat juang individu.

4.Tawaran wang dan jawatan kepada Calon Pakatan Rakyat.
-Mungkin perkara ini tidak perlu diterangkan secara panjang lebar kerana tawaran wang dan jawatan sudah tidak boleh dipisahkan dengan stratigik pilihanraya Barisan Nasional.Saya berasa bangga dengan calo-calon Pakatan Rakyat di PRN Sarawak apabila tiada seorang calon pun yang termakan dengan tawaran BN walaupun sebahagian besar daripada calon-calon PR bukanlah golongan yang kaya-raya.

5.Perang siber/Ciber War
-Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa melalui Media Alternatif terutamanya melalui Internet, amat sedar tentang perang siber yang dilancarkan oleh Barisan Nasional. Seperti yang diketahui umum, media alternatif yang dianggap sebagai media pro-Pakatan Rakyat seperti Malaysiakini,Sarawak Report dan Harakahdaily telah diserang oleh DDOS atau denial-of-service.Bagi menyekat peredaran maklumat.Tetapi,pujian besar harus diberikan kepada ketiga-tiga media tersebut terutamanya Malaysiakini yang menuruskan usaha dan berjaya dalam memberikan perkembangan PRN Sarawak. Pada hari mengundi juga didapati prestasi internat di seluruh negeri Sarawak teruk dan prestasi internet itu jauh lebih teruk daripada prestasi internet semasa PRU-12.

6.Pejabat Daerah dan Borang A
-Barisan Nasional yang mengerti bahawa PACA merupakan individu-individu tonggak utama PR semasa PRN,telah melakukan beberapa cara untuk menyusahkan PACA PR melalui Borang A. Lazimnya borang ini akan diisi dihadapan Pesuruhjaya Sumpah oleh semua petugas PACA dan diserahkan kepada Ketua Tempat Mengundi di saluran undi yang ditugaskan sebelum pukul 7.30 pagi. Petugas PACA yang tidak menyerahkan borang ini tidak dibenarkan memasuki bilik mengundi.Borang diisi boleh dibawa oleh petugas SPR ke Pejabat Daerah untuk mendapatkan cop daripada kerani di pejabat daerah. Di Sarawak, pada hari pengundian tiap-tiap PACA diminta untuk hadir sendiri ke pejabat daerah masing-masing untuk mendapat cop pengesahan daripada pejabat daerah dan proses itu sengaja dilambat-lambatkan oleh para kerani upahan BN.

7. Two in One(2 in 1)
-Ramai di negara kita tahu bahawa kawasan-kawasan pedalaman di negeri Sarawak tidak mempunyai jalan yang elok dan ada yang tiada jalan lansung. Taktik ini sangat dirancang teliti oleh BN untuk kegunaan musim pilihanraya. Apabila jalan-jalan tiada ataupun tidak sempurna, Barisan Nasional oleh menyekat kempen Pilihanraya dari pihak Pakatan Rakyat. satu lagi kelebihanya ialah isu jalan ini dijadikan bahan kempen pilihanraya BN dengan memberikan janji untuk menyediakan jalan yang sempurna.

8.Polis Raja Malaysia (PRM) sebagai kuli Barisan Nasional
-Polis Raja Malaysia merupakan agensi yang beristiqamah dalam perjuangan mereka yang untuk menyelamatkan Barisan Nasional semakin tenggelam dalam Tong Taik.Contohnya,di beberapa kawasan, Polis Raja Malaysia telah menggunakan soal permit sebagai alasan untuk menggagalkan program PR termasuklah Ceramah DSAI. Yang paling teruk sekali ialah Calon-calon PR yang berarak untuk kempen pilihanraya mereka dihentikan dan diwajibkan untuk memohon permit. Permohonan permit pula disukarkan apabila polis meminta para pemohon permit dari pihak PR supaya menyertakan Surat Rasmi Pendaftaran Parti.

9.TNB parti Komponen Barisan Nasional dan SPR Hantu
-Ini merupakan pencapaian Barisan Nasional yang wajib disertakan dalam Malaysian Book of Records.Kali ini Barisan Nasional mengunakan TNB sebagai kompenen Barisan Nasional yang memenangkan Tok Uban dan Tok Jib. Contohnya,di Satok PR mendahului dalam perkiraan undi dengan majoriti lebih dari 2,000.Tiba-tiba perkhidmatan elektrik terputus dan tempat pengiraan undi itu menjadi gelap. Apabila pengiraan undi diteruskan PR pula ketinggalan. Selepas isu Pengundi Hantu,apakah sebenar wujudnya SPR hantu?

10. Borang 14
-Perkara ini telah disiarkan dalam media-media alternatif.Dimana, Borang 14 yang perlu diserahkan kepada PACA tidak diberi,ditunjuk dan ditanda tangani.Borang 14 merupakan borang yang mampu memberitahu jika berlakunya sebarang penipuan.

11.Isu Baru Bian
-Apabila Pakatan Rakyat mengumumkan Baru Bian sebagai calon Ketua Menteri, perkara ini diguna sebagai alat untuk menyalakan api perkauman dan keagamaan. Barisan Nasional memberitahu kepada para pengundi terutamanya Melayu-Melanau bahawa Baru Bian merupakan seorang Kristian dan meminta para pengundi untuk tolak Baru Bian dan Pakatan Rakyat.Mungkin Barisan Nasional tidak sedar bahawa Baru Bian merupakan seorang Kristian yang bersih rekod jenayah dan Peguam handal yang membela nasib rakyat Sarawak dalam isu tanah adat. Tidak lupa juga majoriti penduduk Sarawak merupakan penganut agama Kristian.

12.Suruhanjaya Penipu Rakyat (SPR)
-Agensi ini tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia,apatah lagi mereka sangat dikenali oleh rakyat Malaysia selepas ditipu setiap kali semasa Pilihanraya. Agensi ini teruskan pernan mereka sebagai parti komponen Barisan Nasional apabila selepas pelbagai tipu helah sulit, mereka enggan mengira semula undi di Senadin. Mengikut peraturan Pilihanraya Malaysia, jika perbezaan undi antara parti politik yang bertanding 4% atau kuarang daripadanya,maka parti poltik yang bertanding boleh meminta SPR mengira semula undi dan SPR harus mengira semula.

13.Pembelian Undi
-Merupakan taktik BN yang tidak begitu hampakan hasrat mereka untuk terus berkuasa di bumi Malaysia ini. Pembelian undi ini agak upgrade selaras dengan pembangunan teknologi di Malaysia.Antaranya ialah mereka yang ingin mendapat habuan dari BN haruskan memangkan BN di kertas undi dan tangkap gambar kertas undi yang telah dipangkah dserta memasukanya ke dalam peti undi. Gambar itu boleh ditunjukan kepada petugas utama BN,untuk claim duit mereka.
Ada dibeberapa tempat dimana kertas undi yang telah dipangkah untuk BN harus ditunjukkan kepada petugas SPR dan petugas SPR itu akan memberikan kupon yang telah dicop bagi membolehkan pengundi tersebut mendapatkan wang habuan BN.

14.Syarikat Telekomunikasi diugut
-Untuk menyebaran maklumat tentang perkembangan PRN Sarawak,Pakatan Rakyat telah membayar mahal kepada syarikat telikomunikasi seperti Celcom supaya membeli nombor 5 angka (contoh nombor 5 angka SMS 22333,24367) untuk memudahkan penghantaran SMS.Hasilya,syarikat-syarikat tersebut menerima panggil ugutan terus dari JPM.akhirnya,beberapa syarikat telah menarik balik tawaran perkhidmatanya.

15. KEMAS dan RELA sebagai 'Gerila'
-Konsep Gerila yang dimaksudkan bukanlah bukanlah seagresif Taktik Perang Gerila.Tetapi,saya yakin bahawa taktik gerila Barisan Nasional ini jauh lebih licik daripada Taktik Perang Gerila. Sebelum kempen Pilihanraya bermula,beberapa agensi hamba abdi Barisan Nasional seperti Rela dan Kemas telah diarahkan untuk tinggal dan berkempen dibeberapa tempat kawasan pedalaman terutamaya di Rumah Panjang. mereka ini juga memainkan peranan untuk menghalang Pakatan Rakyat pergi berkempen di beberapa Rumah Panjang.

Kemenangan Pakatan Rakyat dan tanda-tanda Kiamat Barisan Nasional

1.Sistem 2 Parti/ Two Party System
-Walaupun dibanyakkan tempat didapati adanya persaingan lebih 2 penjuru,tetapi kesedaran politik di kalangan rakyat Sarawak jelas kelihatan apabila mereka hanya mengundi Barisan Nasional ataupun Rakyat.Walaupun SNAP masuk sebagai parti tempatan,tetapi SNAP juga ditolak.Perkara ini jelas apabila SNAP kehilangan deposit di kebanyakkan tempat.

2. 1/3
-Kegagalan menafikan 2/3 mungkin agak pahit untuk diterima.Tetapi,apa yang dicapai oleh Pakatan Rakyat ialah mereka telah menguasai 1/3 daripada kerusi di DUN Sarawak.

3.Kemenangan Simbolik
-Seperti dinyatakan,Baru Bian sebagai Ketua Menteri telah digunakan Barisan Nasional.Tetapi kejayaan Baru Bian memberikan mesej bahawa Baru Bian dan Pakatan Rakyat bakal diangkat oleh rakyat Sarawak sebagai pentadbir negeri mereka.

4.Swing 8%
-Analisis pilihanraya Sarawak juga memberikan tanda baik kepada PR apabila sebanyak 8% daripada pengundi Sarawak telah membuat perubahan untuk menyokong PR.Dalam sejarah PRN Sarawak,kadar 8% merupakan rekod baru untuk Pakatan Rakyat.

5.Undi popular menurun
-Analisis pilihanraya juga memberikan mesej bahawa undi popular BN jatuh kepada 55 peratus.Lebih menyedihkan Barisan Nasional ialah kemenangan PR di kawasan pedalaman.Maka,boleh dikatakan bahawa Sarawak bukanlah Fix Deposit untuk Barisan Nasional.

6.Semangat Anti-Taib Mahmud menebal
-Pencapaian ini memberikan impak yang lebih besar kerana rakyat Sarawak yang cuba dikaburi mata mereka dengan isu video seks,jelas tidak 'makan' isu itu dan cenderung untuk menolak rejim Tok Uban.Jaminan Tok Jib yang mengatakan Tok Uban akan berundur merupakan tanda BN akur dengan kemaraan rakyat.Disebelah bandar,gambar Tok Uban tidak kelihatan.

7.Tiada perarakan
-Keputusan PRN Sarawak sebenarnya bukanlah bayangan kepada kehendak rakyat Sarawak.Ini amat jelas bahawa malam pengumuman kemenangan Barisan Nasional,hanya disambut sunyi sepi dan bunyi-bunyi katak di seluruh negeri Sarawak.

PAKATAN RAKYAT MENUJU KE PUTRAJAYA

No comments:

Post a Comment