Galeri kami

blog 'tak aktif', tapi facebook terus aktif (hehe)

Monday 11 April 2011

Kalah di bandar, BN beri tumpuan luar bandar

Nazri Abdullah   
KUCHING, 11 April: PAS mengingatkan seluruh jenteranya agar tidak mengambil 'zon selesa' dengan perkembangan memberangsangkan sokongan rakyat Sarawak kepada Pakatan Rakyat kerana BN kini memberikan tumpuan ke kawasan yang ditandingi PAS.
Ini kerana, selepas merasa tidak akan mampu menahan gelombang rakyat di bandar,  BN kini memberikan tumpuan ke luar bandar, untuk mempertahankan kerajaannya.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali  berkata, biarpun perkembangan itu diharap memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat, namun masih perlu berhati-hati dengan taktik kempen saat akhir BN.

(Gambar: Mustafa bersama Abdul Wahid Endut, MP Kuala Terengganu, mengadakan sidang media di Kucing tengahari tadi)
"BN under estimate gelombang rakyat yang berlaku sekarang ini sebab mereka tidak jangka gelombang rakyat yang tak setuju dengan BN dan bersama Pakatan Rakyat.

"Saya mengingatkan jentera PAS, oleh kerana kita baru separuh jalan tempoh kempen, jangan selesa sangat, jangan terlalu yakin, nanti makan diri kerana kita ada beberapa hari lagi untuk hadapi,"katanya.

BN kini ujarnya sedar dengan kebangkitan rakyat yang berlaku khususnya masyarakat Cina di kawasan bandar, dan mula mengalihkan tumpuan ke kawasan Melayu Melanau dan Iban di kawasan luar bandar.

Ianya termasuk lima Dun yang ditandingi PAS iaitu, Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu.

"Semacam mereka yakin bahawa sukar untuk BN menang di kawasan bandar, sebab itu mereka alih ke kawasan luar bandar pula,"katanya.

Akibatnya, kata Mustafa, BN memberikan tumpuan kepada kawasan pilihan raya yang ditandingi PAS.

"Ia memberi tekanan kepada calon kita. Jadi, kena kerja kuat pastikan kemenangan kali ini menyeluruh," kata Mustafa ketika dihubungi Harakahdaily kemudiannya.

(Gambar malam tadi: BN terkejut dengan sambutan luar biasa terhadap program Pakatan Rakyat di Kucing malam tadi)

Mustafa mengingatkan demikian pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sarawak, di Matang Jaya di sini.

Katanya, walaupun sokongan jauh berbeza dengan pilihan raya negeri 2001 dan 2006, namun taktik BN yang sudah boleh dijangka bila hari terakhir kempen perlu diambil serius oleh jentera Pakatan Rakyat khususnya PAS.

Najib tidak percaya Taib lagi

Mengulas isu Datuk Seri Najib yang turun sendiri berkempen di sini, Mustafa Ali berkata ianya jelas menunjukkan perdana menteri itu sedar mereka tidak boleh lagi mengharap kepada faktor Ketua Menteri, Taib Mahmud untuk menang.

Ditanya peluang Pakatan Rakyat, beliau optimis akan berlaku perubahan besar dalam politik Sarawak kali ini.

"Saya optimis dan menjangkakan kebangkitan berterusan akan berlaku. Kita mungkin boleh lihat sedikit masa lagi,"katanya.

No comments:

Post a Comment