Galeri kami

blog 'tak aktif', tapi facebook terus aktif (hehe)

Twitter Updates

There was an error in this gadget

Thursday, 7 July 2011

Ismail Hashim   
SHAH ALAM, 7 Julai: PAS mendesak pihak polis segera melakukan siasatan terperinci mengenai penemuan berbagai jenis senjata yang dikaitkan dengan Bersih seperti diumumkan polis di dalam siaran media, baru-baru ini.

AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang mendedahkan penemuan itu pada 6 Julai lalu.

Turut serta dalam laporan di IPD Shah Alam petang tadi adalah Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan dan Ketua Pemuda PAS Shah Alam, Mohd Hilmi Redzwan.

Mazlan berkata, ekoran pendedahan polis menemui perkara itu secara terbuka, ia telah menimbulkan banyak keraguan rakyat tentang sejauh mana ketelusan polis atas isu itu.



"Penemuan senjata seperti parang yang masih baru dan baju T Bersih adalah sangat meragukan serta menimbulkan tanda tanya rakyat.

"Gambaran buruk dan fitnah yang ditujukan kepada penganjur Bersih seperti pertubuhan haram, kemungkinan huru hara akan berlaku dan pertumpahan darah boleh berlaku adalah sangat tidak bertanggungjawab," tegasnya.

Sekatan jalan raya dibuat pihak polis, tangkapan kepada orang awam, gangguan terhadap ceramah dan serbuan terhadap premis-premis tertentu disusuli dengan penemuan senjata berbahaya seperti dirancang membuktikan ada pihak-pihak ingin melakukan huru hara dalam negara ini, tambahnya.

Katanya, penggunaan ISA, Ordinan Darurat termasuk perisytiharan Darurat boleh digunakan kononnya sebagai langkah pencegahan dan jika itulah perancangannya, ia sangat malang dalam sistem demokrasi perlembagaan negara ini.

Menurut laporan media, Tun Hisan mendedahkan tentang penemuan parang, pemetik api, botol plastik berisi petrol dan baju T kuning bertulisan Bersih.

Barangan itu ditemui di celah batu lereng bukit belakang sebuah tokong di Batu 14, Jalan Lama Gombak - Bentong setelah menerima maklumat seorang Asli yang mencari rotan di kawasan itu.

Laporan juga dibuat terhadap Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang membuat pendedahan berasingan tentang penemuan barangan lain.

Antara yang didedahkan adalah empat molotov koktel, 28 mercun bola, topeng dan baju T Bersih dalam bungkusan plastik hitam di celah pokok hiasan di hadapan restoren The Ship Kompleks Pertama.

Menurut Mazlan, pihaknya mendesak siasatan segera dilakukan apa motif pendedahan dibuat terhadap orang awam, siasatan dan tindakan segera dilakukan terhadap suspek yang ditangkap, siasatan dan dedahkan siapa dalang di sebalik penemuan berbagai senjata itu.

Desakan keempat adalah memohon penjelasan apa kaitan penemuan barangan itu dengan Himpunan Bersih pada 9 Julai ini.

"Saya menuntut pihak polis memainkan peranan sebenar mereka melindungi rakyat seluruhnya tanpa menjadi boneka kepada sesiapa yang berkepentingan.

"Taktik kotor seperti Peristiwa 13 Mei 1969, Peristiwa Memali dan Operasi Lalang adalah lapuk dan menjijikkan," tegasnya lagi.

Menurutnya, Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak rakyat untuk berpesatuan, kebebasan bersuara dan behimpun secara aman mesti dipatuhi.

Mazlan menambah, beliau bersama seluruh rakyat Malaysia menjunjung titah khas oleh Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, baru-baru ini.

Katanya, prinsip keadilan, kebijaksanaan, perundingan dan mendengar rintihan rakyat sebagaimana yang ditekankan baginda sangat bertepatan dan harus dijunjung setiap lapisan rakyat termasuk polis.

Dalam sidang sama, beliau mendedahkan dokumen notis penolakan masuk ke Sarawak, 6 Julai lalu yang menyatakan pihak berkuasa negeri telah mengarahkan tiada pas dikeluarkan kepadanya.

No comments:

Post a Comment