Galeri kami

blog 'tak aktif', tapi facebook terus aktif (hehe)

Twitter Updates

There was an error in this gadget

Wednesday, 6 July 2011

Rakyat tidak harus berundur tuntutan Bersih

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 6 Julai: Senator Mumtaz Md Nawi (gambar) menyifatkan Bersih 2.0 menempa satu kejayaan awal apabila Yang di-Pertuan Agong memberikan ruang untuk mereka mengadakan perhimpunan di stadium pada 9 Julai ini.
Sambil mengucapkan tahniah kepada sekretariat Bersih 2.0 yang bersifat terbuka untuk sebarang rundingan, Mumtaz berkata, Bersih 2.0 menunjukkan pendirian yang jelas iaitu ingin memastikan lapan tuntutan mereka didengar untuk diambil tindakan.
"Ini menunjukkan sikap terbuka pihak Bersih 2.0 nak menyelesaikan isu. Ia bukan masalah nak menunjukkan bantahan sahaja.

"Kalau memang tujuan mereka nak berjalan, mereka akan teruskan di jalan raya tapi kerana tujuan untuk menyelesaikan masalah.
"Ini satu tindakan matang dan rasional pihak Bersih 2.0 dalam menghormati Yang di-Pertuan Agong, bersikap terbuka, dan sekurang-kurangnya sudah nampak satu kejayaan apabila diberi satu ruang untuk dengar tuntutannya secara terbuka," kata beliau ketika ditemui di lobi Dewan Negara hari ini.
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu juga berkata, sikap Bersih 2.0 ternyata berbeza dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sudah menutup pintu rundingan dan menafikan segala dakwaan ketidaktelusan yang berlaku.
"Kenyataan SPR seolah-olah mereka tidak akan meminda apa-apa pun. Prosedur SPR sepatutnya boleh dipertingkatkan.
"Jadi keengganan mereka untuk berikan satu ruang untuk perbincangan menyebabkan wujudnya satu gabungan yang dianggotai 80 NGO ini.
"80 NGO nak kemukakan tuntutan pun mereka seolah-olah menutup pintu perbincangan. Inilah yang tak selesai masalah," katanya.
Justeru katanya, rakyat tidak harus berundur sebaliknya turun beramai-ramai menyatakan lapan tuntutan tersebut.
"Kita mahu kuantiti (peserta himpunan) yang ramai untuk menunjukkan bahawa ada ramai yang nampak SPR tidak telus dan kita tidak boleh berundur
"Kita ada ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong. Bila Yang di-Pertuan Agong beri arahan begitu (berhimpunan dalam stadium) kita akur.
"Akurlah kerana tujuan kita bukan hanya nak menujukkan kuantiti yang ramai yang tidak berpuas hati dan mahukan perubahan tetapi yang penting kualiti dan hasilnya," katanya.

No comments:

Post a Comment