Galeri kami

blog 'tak aktif', tapi facebook terus aktif (hehe)

Thursday 7 July 2011

Perintah mahkamah bersifat void ab initio?

Khamis, 07 Julai 2011 23:00
Komuniti Peguam dan pakar undang-undang dikhabarkan sedang mengadakan perbincangan mengenai keabsahan perintah yang diperolehi oleh Polis Kuala Lumpur untuk menghalangi 91 pimpinan pelbagai peringkat memasuki ibu negara, Sabtu ini.

Mereka menyifatkan perintah itu sebagai bersifat satu pihak sahaja  dapat akses (ex-parte) kepada mhkamah majistret yang mengeluarkan perintah itu.

Komuniti berkenaan berpendapat bahawa di bawah prinsip undang-undang  "seseorang tidak boleh dihukum tanpa dihadapkan ke mahkamah" (audi alteram partem).

Oleh kerana itu ia jelas menunjukkan bahawa perintah yang diperolehi oleh Polis KL itu void ab initio (salah seawal2nya lagi).

Lantaran itu mereke berpendapat bahawa kengkaran pada perintah tersebut bukanlah menghina keputusan mahkamah.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin mendakwa polis sekadar menambahkan lagi suasana tegang Himpunan Bersih 2.0 apabila mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang 91 pimpinan, termasuk beliau sendiri daripada memasuki Ibu negara Sabtu ini.
Ketua Pegerakan Pemuda itu berkata, kini beliau sendiri dihalang memasuki ibu negara, sedangkan itulah tempat tinggalnya.
 
“Di sebalik mencari jalan penyelesaian, kini Polis telah merosakkan jalan penyelesaiaan itu," katanya.
“Perintah mahkamah itu telah menegangkan lagi situasi itu. Kini penyokong saya, Perkasa dan Bersih telah kecewa.
 
“Keadaannya kini tidak menentu. Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku seterunyai," katanya.

No comments:

Post a Comment