| Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyahut gesaan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar buku Konsep Asas Negara Berkebajikan terus dipercambahkan perbincangannya di kalangan seluruh rakyat Malaysia.Setiausahanya, Dr. Khairuddin Aman Razali menegaskan komitmen Dewan Ulamak PAS Pusat untuk merealisasikan hasrat Presiden PAS itu. "Insya Allah kita akan memastikan agar seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan pandangan dan agama memahami hasrat PAS untuk mewujudkan sebuah Negara Berkebajikan yang lebin mapan dan jitu serta berbeza sekali dengan Negara Kebajikan bawaan barat," tambah beliau lagi. Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh menegaskan bahawa menjadi keutamaan Dewan Ulamak untuk mempelopori usaha penerangan tentang Negara Berkebajikan. "Kita, insya Allah akan berusaha memastikan agar buku Tuan Guru Presiden ini akan didiskusikan di seluruh negara, insya Allah kita akan menggerakkan Dewan Ulamak setiap negeri untuk merealisasikan hasrat ini," ujar beliau lagi. Pihak web DUPP dimaklumkan bahawa Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu telah mendahului usaha itu dengan menganjurkan Nadwah Ulamak baru-baru ini dalam usaha memberikan penjelasan berkenaan gagasan Negara Berkebajikan. |
Monday, 22 August 2011
Diskusi buku Negara Berkebajikan seluruh negara
Sunday, 21 August 2011
Apa pula pendirian Umno-MCA dalam isu Jais?
| Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Ogos: Dalam keseronokan menyerang PAS secara bertubi-tubi dalam isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU), rakyat masih tertanya-tanya apakah pendirian sebenarnya Umno Barisan Nasional dalam isu ini pula.“Apakah pendirian rasmi Umno Barisan Nasional dalam isu ini? Satu belah, Umno menuduh PAS tidak menjaga aqidah umat Islam, rakan baiknya MCA pula menuduh PAS untuk perkara sebaliknya sehingga merestui pencerobohan gereja,” soal Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini. Masih segar dalam ingatan ialah rakan terbaik Umno, MCA – parti yang disokong Umno untuk menyaman kerajaan Kelantan dalam isu mengharamkan judi melalui Presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek dalam kenyataannya yang dipetik Harian Metro telah secara terbuka mengutuk tindakan Jais dalam menyiasat GMDU sebagai satu tindakan yang memalukan. |
PAS: Najib bunuh minat kami pada PSC
Ogos 20, 11 9:44pm
Kongsi 825
PAS mungkin tidak menyertai jawatankuasa khas parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya berikutan sikap kerajaan yang didakwa semakin jelas tidak ikhlas, kata naib presidennya Salahuddin Ayub.
Sebaliknya PAS akan terus berpegang kepada pendirian supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi memastikan perjalanan dan pengendalian pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini, katanya.
"Walaupun sebelum ini PAS amat berhati-hati untuk memberikan sebarang komitmen kepada jawatankuasa khas parlimen yang dicadangkan oleh (Perdana enteri, Datuk Seri) Najib (Razak) itu, tetapi kenyataan terbaru Najib telah membunuh minat kami untuk memberikan perhatian kepada jawatankuasa tersebut," tegas beliau sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai bukti keangkuhan Najib dan Umno.
Menurut perdana menteri, pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa mengenai penambahbaikan pilihan raya itu.
Sebaliknya PAS akan terus berpegang kepada pendirian supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi memastikan perjalanan dan pengendalian pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini, katanya.
"Walaupun sebelum ini PAS amat berhati-hati untuk memberikan sebarang komitmen kepada jawatankuasa khas parlimen yang dicadangkan oleh (Perdana enteri, Datuk Seri) Najib (Razak) itu, tetapi kenyataan terbaru Najib telah membunuh minat kami untuk memberikan perhatian kepada jawatankuasa tersebut," tegas beliau sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai bukti keangkuhan Najib dan Umno.Menurut perdana menteri, pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa mengenai penambahbaikan pilihan raya itu.
PAS: Ketidakikhlasan BN semarak semangat himpunan BERSIH 3.0

Ogos 21, 11 1:47pm
Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Rabu ini untuk membuat keputusan bersama terhadap ketidakikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN melakukan reformasi sistem pilihanraya sebelum pilihan raya umum ke-13.Ia ekoran kenyataan perdana menteri bahawa pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak perlu menunggu keputusan jawatankuasa khas parlimen mengenai reformasi pilihan raya.
Menurut ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi menimbang penyertaan dalam Jawatankuasa Khas Parlimen, kerana berpendapat, ianya tidak membawa sebarang makna setelah perdana menteri membuat kenyataan sedemikian.
Friday, 19 August 2011
JK Khas Parlimen: PAS buat cadangan balas
| Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) membuat cadangan balas agar Jawatankuasa Khas Pilihanraya dibentuk bagi mengkaji sistem pilihan raya negara agar ia diterima dan diyakini oleh rakyat.Cadangan ini dibuat beliau untuk memberikan keyakinan kepada rakyat berbanding Jawatankuasa Khas Parlimen yang dicadangkan oleh kerajaan sekarang untuk membaikpulih sistem pilihanraya yang ada yang dianggap tidak bersih dan adil. “Bayangkan lebih separuh daripada anggota dan ketua jawatankuasa ini terdiri daripada manusia-manusia yang merasakan sistem pilihanraya negara ini selama 54 tahun yang lepas adalah bersih, adil dan bebas, apa yang boleh rakyat harapkan daripada jawatankuasa khas ini?” Tuan Ibrahim membuat cadangan ini sebagai reaksi terhadap pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang menyatakan bahawa Jawatankuasa Khas Parlimen untuk reformasi pilihanraya akan diketuai oleh seorang menteri, lima ahli parlimen BN, tiga dari PR dan seorang ahli bebas. |
JK Parlimen: Pakatan tidak diajak berunding
| Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) kecewa dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta Pakatan Rakyat tidak berprasangka buruk terhadap komitmen kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen.Beliau berkata, kenyataan itu hanyalah untuk menutup kesilapan mereka tidak memanggil Pakatan Rakyat untuk berunding sebelum penubuhan jawatankuasa tersebut diumumkan. "Perkara yang paling penting untuk diingatkan ialah kita (Pakatan Rakyat) langsung tidak dirundingkan dalam penubuhan Jawatankuaasa Khas Terpilih Parlimen ini dan kita rasa bahawa kita mungkin boleh bersetuju dan mungkin tidak bersetuju untuk menyertai jawatankuasa khas ini. |
Tuesday, 16 August 2011
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan Barisan Nasiona
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional sebagai salah satu syarat dari proses pemutihan 6P...
Skrip bersumpah yang digunakan Umno-BN untuk diberikan kepada warga asing tersebut, yang menunjukkan terdapat usaha menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program berkenaan.
Bukti-bukti dengan jelas menunjukkan kewujudan pengundi hantu . Ini mengesahkan kebimbangan ramai pihak bahawa Umno-BN sedang menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program pemutihan..
Subscribe to:
Posts (Atom)
KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyahut gesaan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar buku Konsep Asas Negara Berkebajikan terus dipercambahkan perbincangannya di kalangan seluruh rakyat Malaysia.
KUALA LUMPUR, 21 Ogos: Dalam keseronokan menyerang PAS secara bertubi-tubi dalam isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU), rakyat masih tertanya-tanya apakah pendirian sebenarnya Umno Barisan Nasional dalam isu ini pula.
KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) membuat cadangan balas agar Jawatankuasa Khas Pilihanraya dibentuk bagi mengkaji sistem pilihan raya negara agar ia diterima dan diyakini oleh rakyat.
KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) kecewa dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta Pakatan Rakyat tidak berprasangka buruk terhadap komitmen kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen.