Galeri kami

blog 'tak aktif', tapi facebook terus aktif (hehe)

Twitter Updates

There was an error in this gadget

Tuesday, 28 June 2011

Bersih 2.0: Usahlah provokasi keterlaluan

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 29 Jun: Pihak kerajaan dan pengamal media tertentu sengaja memainkan peranan seolah-olah ingin merancang huru-hara pada himpunan aman Bersih 2.0 yang diadakan 9 Julai ini.
Demikian kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) sebagai merujuk kepada laporan berita bertajuk, “Batalkan Jika Tidak Mahu ‘Perang’ – Omardin” yang telah dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada tarikh 27 Jun 2011.
“Sejak pihak Dewan Pemuda PAS mengeluarkan kenyataan media mengenai teknik kerajaan menakutkan rakyat untuk menghadiri Himpunan Bersih 2.0 beberapa hari lalu, kami telah menjangkakan tekanan dan ugutan yang lebih dahsyat akan dipertingkatkan menjelang 9 Julai nanti,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, keadaan pada hari ini bertambah getir apabila provokasi demi provokasi terus dimarakkan oleh akhbar lidah Umno, Utusan Malaysia.
Terbaru, seperti mana petikan daripada laporan akhbar Utusan Malaysia yang disiarkan pada 27 Jun, secara jelas Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia mengeluarkan kenyataan yang agak keras dan keterlaluan.
Memetik daripada laporan berita tersebut: Beliau menasihatkan Ambiga supaya membatalkan segera hasrat menganjurkan perhimpunan  itu kerana khuatir tidak akan dapat mengawal emosi anak-anak didiknya jika mereka bertembung pada perhimpunan itu nanti.
“Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh beri jaminan bahawa kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut,” kata Omardin.
“Hari ini kita dapat saksikan bagaimana pihak kerajaan dan pengamal media tertentu dengan sengaja memainkan peranan seolah-olah ingin merancang suatu keadaan yang huru hara sehingga melibatkan pertembungan fizikal pada 9 Julai ini,” kata Nasrudin.   
Beliau menegaskan bahawa tiada sebarang agenda sulit atau himpunan untuk mencetuskan kekacauan daripada rakyat menerusi anjuran Bersih.
Ini, ujarnya adalah satu perkara yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, amat mengecewakan apa yang berlaku hari ini adalah hak rakyat untuk berhimpun telah dinafikan malah diancam dengan pelbagai cara.
Beliau menambah, ancaman demi ancaman inilah yang membawa kepada kekacauan yang dimomokkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
Lebih mengecewakan, ujarnya tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak polis terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur sentimen huru hara berkenaan.
Beliau yakin semua pihak mahukan negara yang aman.
“Maka, tidak perlu provokasi keterlaluan sehingga boleh mengheret rakyat kepada situasi yang menakutkan,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment