Galeri kami

blog 'tak aktif', tapi facebook terus aktif (hehe)

Tuesday 28 June 2011

Berkemeja BERSIH: 2 ADUN, 12 ahli DAP, PKR ditahan


Lee Weng Keat
Jun 29, 11
11:50am
Empat belas aktivis politik pagi ini ditahan di Sungei Siput, Perak, ketika mengedarkan bendera Malaysia di sebuah pasar.

NONESemuanya kerana gara-gara lapan daripada mereka memakai kemeja T BERSIH manakala rakan-rakannya pula memakai baju DAP yang tertera tema 'Ubah' pada waktu kejadian .

Aktivis itu mula mengunjungi pasar berkenaan kira-kira jam 9 pagi tetapi pihak polis tiba 15 minit kemudian dan mengheret mereka ke balai polis.

12 daripada mereka adalah ahli DAP dan dua lagi ahli PKR.

Antara mereka yang dicekup polis itu adalah ADUN Jalong Leong Mei Ming, ADUN Teja Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing, setiausuha politrik kepada ahli parlimen Dr Lee Boon Chye.


NONEKetika dihubungi, Leong mengesahkan bahawa beliau ditahan tetapi belum diberitahu di bawah akta atau undang-undang mana mereka ditangkap.

“Kami diberitahu polis mendapat arahan daripada 'pihak atas' untuk tangkap sesiapa yang memakai kemeja T BERSIH,” katanya.
sumber : malaysiakini

No comments:

Post a Comment