ALLAH
berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 36, "Dan tidaklah harus bagi
orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, mempunyai hak membuat
pilihan sendiri dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya telah
membuat sesuatu keputusan. Siapa yang tidak mematuhi hukum-hukum Allah
dan Rasul-Nya, bererti ia telah terjerumus dalam kesesatan yang amat
nyata."
Seorang
ulama dengan tegas menyatakan bahawa sesiapa yang tidak sanggup
menjunjung hukum Allah dan secara terbuka menentang Al-Quran dan sunnah
Rasulullah, maka mereka ini tergolong secara langsung sebagai manusia
yang menentang Allah dan Rasul-Nya.
Pernah
kah kita terbaca atau terjumpa catitan sejarah bahawa terdapat manusia
yang menang dalam peperangan menentang Allah? Waliya uzubillah. Saya
belum pernah terjumpa buku atau mendengar kuliah yang menyatakan manusia
pernah menang dalam peperangan menentang hukum-hukum Allah.
Apa
yang saya pernah dengar dan pernah tengok dengan mata sendiri ialah
manusia dan bumi dihancurkan Allah angkara keangkuhan dan kesombongan
manusia yang menganggap diri mereka lebih hebat dan lebih bijak dari
Allah s.w.t.
Allah
berfirman dalam surah Ar-Rum, ayat 41, "Telah timbul berbagai-bagai
kerosakan dan bala bencana di darat dan di lautan dengan sebab apa yang
telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia. (Timbulnya perkara-perkara
itu) Kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian balasan dari
perbuatan-perbuatan buruk mereka yang telah dilakukan, agar supaya
mereka kembali (insaf dan bertaubat).”
Pemimpin
tertinggi UMNO terlalu sombong dan bongkak apabila dengan tegas
menyatakan bahawa Kerajaan Pusat akan menghalang percubaan untuk
melaksanakan undang-undang hudud seperti yang diinginkan oleh Kerajaan
Negeri Kelantan.
Pemimpin
UMNO selanjutnya bertegas bahawa hudud tidak sesuai dipraktikkan kerana
suasana dinegara ini tidak mengizinkan undang-undang ciptaan Allah ini
diletakkan pada kedudukan yang sewajarnya.
Kenyataan
yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi UMNO yang bertegas menolak
perlaksanaan hukum hudud sebenarnya didorong oleh rasa takut akan
kehilangan sokongan MCA dan GERAKAN. UMNO sekarang berada dalam keadaan
'nyawa-nyawa ikan'.
Para pemimpin UMNO lebih bersedia mencari redha MCA dan GERAKAN dengan menempah kemurkaan Allah. Maka tunggulah tiba
saatnya nanti Allah menentukan sesuatu yang tidak terduga sama sekali
oleh para pemimpin UMNO yang sombong dan bongkak, yang tidak sedar diri
bahawa udara yang mereka hirup setiap detik adalah anugerah Allah, nyawa
yang mereka miliki adalah pinjaman dari Allah, yang boleh ditarik pada
bila-bila masa yang Allah kehendaki.
Menteri
Besar Kelantan, Mursyidul Am PAS adalah pemimpin yang terus relevan
sepanjang masa. Ketegasan Tok Guru Nik Aziz yang sanggup kehilangan
rakan dalam Pakatan Rakyat, DAP, kerana penentangan YB Karpal Singh atas
kesungguhan PAS mahu melaksanakan hudud, membuktikan kepada umat Islam
bahawa Tok Guru bersedia menerima kemurkaan manusia dengan menempah
keredhaan Allah!
Tok
Guru tidak takut kehilangan kuasa kalau kuasa yang dimiliki hanya untuk
mengekalkan undang-undang dan peraturan bersifat maksiat kepada Allah.
Kenyataan Najib kononnya Kerajaan BN sekarang berkewajipan melindungi
'Maqasid Syariyyah', adalah palsu dan bohong semata-mata.
Apa
yang berlaku pada malam 17 September yang menyaksikan berlangsungnya
konsert 'Suarakami' di Stadium Merdeka yang turut disertai oleh Najib
dan isterinya sama sekali bertentangan dengan prinsip 'Maqasid
Syariyyah' yang salah satunya untuk melindungi aqidah dan kehormatan
umat Islam.
Bohong!
Cuba lihat siapa dia penyanyi yang dijemput untuk menjayakan konsert
tersebut kalau bukan 'Awang Hitam' dari USA, dengan ukiran tatoo di
badan mereka! Apakah ini dia contoh 'Maqasid Syariyyah' yang dicanangkan
oleh Najib dan pemimpin tertinggi UMNO?
Remaja
Islam yang menyertai konsert tersebut tiada bezanya dengan remaja bukan
Islam yang tidak mempedulikan pergaulan bebas yang hanya mengundang
dosa dan kemurkaan Allah.
Akhirnya,
remaja Islam akan terus bergelumang dengan dosa yang tiada kesudahannya
dimana kes-kes buang bayi terus bercambah, pelajar sekolah menggugurkan
kandungan, dan pelbagai dosa yang amat menggerunkan umat Islam negara
ini.
Semoga
talian hayat UMNO beakhir dan tamat menjelang PRU ke-13 dan negara ini
semoga menuju sebuah negara ini dipimpin ke arah 'baldatun tayyibatun
warabbun ghafuur.’/IBN ABDULLAH -
sabahkini.net
sudahlah cara perintah tidak mahu turuti kehendak Allah
cara berniaga enggan turuti Al-Quran
tetapi saat pulang kehadrat Ilahi mahu pula ikut Islam
malah syurga pun dimahunya...
No comments:
Post a Comment