KEPALA BATAS, 2 Okt: Perbezaaan pandangan berhubung perlaksanaan undang-undang Islam khususnya hudud tidak bermakna DAP putus kerjasama dengan PAS.
Setiausaha
Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan, DAP tetap akan bekerjasama dengan
PAS kerana masih banyak persamaan dalam memperjuangkan keadilan untuk
rakyat khususnya melawan BN.
Bercakap sewaktu menyampaikan pidato
di program rapat umum sempena Kongres 60 Tahun PAS di sini malam tadi,
Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga secara tegas menyatakan mereka juga
tidak akan bersama Umno biarpun Umno juga sama pendirian dengan DAP
menolak perlaksanaan hudud.
"Pimpinan DAP jelas kita tak setuju
dengan hudud. Umno pun tak setuju dengan hudud. Tetapi tak kan kerana
DAP tak setuju Umno tak setuju, DAP dan Umno nak kerjasama.
"Kita
terus akan bekerjasama dengan PAS kerana kita masih banyak persamaan.
Kita sama-sama lawan rasuah, sama-sama lawan kebatilan, sama-sama lawan
BN," tegasnya disambut tepukan dan laungan takbir hadirin.
Dalam majlis itu dianggarkan lebih 20 ribu hadirin hadir dan duduk bersila memenuhi ruang dalam dan perkarangan Dewan Milenium.
Dalam
mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat minggu lalu, kesemua parti komponen
PAS, PKR dan DAP menyatakan persetujuan bersama memperakui kewujudan
Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu.
Mereka juga menghormati pendirian PAS untuk mengangkat isu hudud dan membincangkannya agar difahami oleh masyarakat.
Pada
masa yang sama, mereka juga menghormati pendirian DAP yang tidak
bersetuju dengan perlaksanaan hudud kerana bertentangan dengan
perlembagaan.
Keputusan bersama itu sekaligus didakwa
menggagalkan rencana Umno BN memecah belahkan parti-parti dalam Pakatan
menggunakan isu hudud yang selama itu dianggap senjata ampuh mereka.
"Kita
(DAP) ditubuh untuk bela perlembagaan bukan lawan perlembagaan. Sama
juga kita bukan mahu lawan Islam tetapi kita mahu lawan Umno, MCA, MIC
dan BN," katanya.
Turut menjadi pemidato dalam majlis malam tadi
adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. |
No comments:
Post a Comment