Harakahdaily |
“Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih 2.0 ditahan. “Saya mengira kerajaan masih belum belajar dari kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah,” ujarnya melalui Twitter. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan bahawa tangkapan dan kekerasan tidak akan menakutkan rakyat. “Tangkapan-tangkapan ini hanyalah pra kejatuhan Umno Barisan Nasional,” katanya. Beliau sebelum ini menyokong himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini. Sehingga semalam, lebih 80 orang ditahan polis kerana memakai baju Bersih 2.0 mahupun mengedar risalah berkaitan. |
Tuesday, 28 June 2011
Bersih 2.0: Tangkapan pra kejatuhan Umno BN
Bersih 2.0: Usahlah provokasi keterlaluan
Harakahdaily |
Demikian kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) sebagai merujuk kepada laporan berita bertajuk, “Batalkan Jika Tidak Mahu ‘Perang’ – Omardin” yang telah dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada tarikh 27 Jun 2011. “Sejak pihak Dewan Pemuda PAS mengeluarkan kenyataan media mengenai teknik kerajaan menakutkan rakyat untuk menghadiri Himpunan Bersih 2.0 beberapa hari lalu, kami telah menjangkakan tekanan dan ugutan yang lebih dahsyat akan dipertingkatkan menjelang 9 Julai nanti,” ujarnya kepada Harakahdaily. |
Berkemeja BERSIH: 2 ADUN, 12 ahli DAP, PKR ditahan
Lee Weng Keat
Jun 29, 11
11:50am
Jun 29, 11
11:50am
Aktivis itu mula mengunjungi pasar berkenaan kira-kira jam 9 pagi tetapi pihak polis tiba 15 minit kemudian dan mengheret mereka ke balai polis.
12 daripada mereka adalah ahli DAP dan dua lagi ahli PKR.
Antara mereka yang dicekup polis itu adalah ADUN Jalong Leong Mei Ming, ADUN Teja Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing, setiausuha politrik kepada ahli parlimen Dr Lee Boon Chye.
Wednesday, 22 June 2011
PAS Perak mampu rampas kembali negeri
Harakahdaily |
Timbalan ketuanya, Raja Ahmad al-Hiss yakin ‘kabinet’ kali ini yang diterajui Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Hussien (gambar) adalah pasukan pilihan raya yang mantap bagi memimpin rakyat bersama Pakatan Rakyat (PR) untuk terus memastikan cita-cita Negara Berkebajikan akan menjadi teras dalam pemerintahan Kerajaan Negeri Perak kembali. Ini, katanya sepertimana yang telah dipertegaskan oleh mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa akan terus memastikan kebajikan rakyat diberikan keutamaan. “Malah kami amat yakin Kabinet Pilihanraya PAS Perak ini yang membariskan gabungan muka baru dan lama, serta anak muda profesional dan ulama akan cemerlang dan berjaya untuk misi merampas semula pentadbiran kerajaan negeri nanti. |
‘Bersih’ Wajib Berjalan Dengan Bersih
Disiarkan pada Jun 22, 2011 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan
‘BERSIH’ WAJIB BERJALAN DENGAN BERSIH
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)
Banyak pihak bertanya pendirian saya tentang kempen NGO ‘BERSIH’ menuntut Pilihanraya yang adil bagi negara ini. berikut adalah pendirian dan pandangan saya;
1.Sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara. Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik. Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah. Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.
Friday, 10 June 2011
Rampas kuasa daripada puak gila kuasa
Aziz Muda |
Sehubungan itu, para pemimpin dan ahli-ahli PAS tidak perlu risau dengan dakwaan Umno yang mengatakan para pemimpin PAS kini gila kuasa yang dikaitkan dengan pemilihan barisan kepimpinan sesi 2011-2013 pada Muktamar PAS Ke-57 pada 3 hingga 5 Jun lalu. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, para pemimpin Umno BN yang sememangnya sudah diketahui umum yang gila kuasa sudah tidak sepatutnya dibiarkan terus memerintah negara demi kepentingan negara dan seluruh rakyat negara ini. |
Subscribe to:
Posts (Atom)