Galeri kami

blog 'tak aktif', tapi facebook terus aktif (hehe)

Twitter Updates

There was an error in this gadget

Saturday, 23 July 2011

Diplomat: EU timbang hantar badan pemantau, SPR tidak wibawa




KUALA LUMPUR, 24 Julai — Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa.

Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini.


Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.


Beberapa diplomat memberitahu The Malaysian Insider, taklimat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof beberapa minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 tidak meyakinkan mereka tentang kedudukannya sebagai sebuah badan berkecuali dengan terus mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan.


“Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi ‘kami’ dan ‘kita’ dalam kerajaan ketika taklimat,” kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider.

Video polis sesuai zaman TV hitam putih

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 23 Julai: Video yang ditayangkan pihak polis Khamis lalu mengenai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai sesuai untuk zaman televisyen (TV) hitam putih.
“Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Justeru, katanya sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa mereka tidak berkasar ketika menghadapi demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Terbaru, ujarnya polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis.
Tambahnya, hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

Friday, 22 July 2011

Dialog antara Najib dengan Cameron - versi rekacipta

Pm British : Najib , pasal apa kena hantar water canon dan pemedih mata?
Najib:jalanraya KL lama tak cuci, KL banyak nyamuk.
PM Bristish: Kenapa demo aman tidak dibenarkan , malaysia sebuah demokrasi.
Najib: Kami tak nak malaysia jadi Mersir.
PM British: Kenapa polis lakukan kezaliman terhadap pendemo?
Najib: Polis Malaysia , polis yang terbest , semua ikut SOP.
PM British : Kalau ada SOP kenapa nampak youtube ada gambar polis sepak orang.
Najib: Biasa lah , di Malaysia ramai meninggal dunia dilokap. ini gejala biasa.
PM British : Apa dia SOP? tapi nampak zalim saja?
Najib: SOP itu Samseng of Polis. SOP lah.
PM British: Tahniah , tunggu masa rakyat bangkit runtuhkan umno. kami akan sokong kebebasan bersuara.

dipetik dari FB rakyat

Saturday, 16 July 2011

Presiden PAS ziarah keluarga Allahyarham Bahanudin

'Polis bengis macam nak makan saya'

Tindakan polis menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu terus dikritik hebat, sehingga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang terkenal dengan kelembutannya pun kini merasa amat benci kepada kerajaan.

"Sebelum (gas) ditembak, ada himpitan dari belakang, (oleh) kelompok polis juga. Jadi kami agak tersepit, seperti di (Hospital) Tung Shin, (kami) tiada alternatif jadi go through saja.

"Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Iitulah waktunya saya lebih benci," kata A Samad yang mengimbau kembali pengalamannya di KL Sentral, tempat beliau mula-mula bertembung dengan polis.

Ketika diwawancara Malaysiakini di Bangsar kelmarin, penulis kreatif pelbagai genre itu bagimanapun, beliau sempat berseloroh bahawa ia masih belum sampai ke tahap "paling benci".

NONEMenghabiskan hari yang panjang daripada pagi sehinggalah disekat polis kali terakhir kira-kira 200 meter daripada Istana Negara di sebelah petang, A Samad menyifatkan tindakan polis menangani "perhimpunan damai" itu secara "bengis".

"(Dikasari) secara langsung tidak. Tetapi dengan wajah dengan apa itu memanglah kalau boleh mereka hendak makan saya," kata lelaki 76 tahun yang bersosok kecil dan berjanggut lebat bewarna putih itu.

Berbeza dengan demonstrasi pertamanya pada Mac 2007 bagi membantah dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), A Samad kali ini menempuh pelbagai rintangan.

Revolusi: Zambry lupa rampasan kuasa di Perak

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 16 Julai: Dewan Pemuda PAS negeri Perak mahu Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sedar bahawa BN lah yang telah melakukan "revolusi" merampas kerajaan negeri itu dari Pakatan Rakyat.

Sambil mendakwa Zambry tidak layak bercakap tentang revolusi, timbalan ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss mahu menteri besar BN itu mengingat kembali bagaimana kerajaan BN mendapatkan mandat di negeri itu.

"Adakah Zambry lupa cara Umno BN mendapat semula mentadbir kerajaan negeri, adakah dengan cara terhormat," soalnya.

Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Zambry bahawa himpunan Bersih (2.0) 9 Julai lalu adalah mahu melakukan revolusi menggulingkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan.

Beliau mendakwa himpunan Bersih 2.0 sama dengan revolusi yang berlaku di beberapa buah negara luar seperti di Tunisa, Syria dan Mesir.

Mengulas lanjut, Raja Ahmad berkata jika himpunan Bersih 2.0 dianggap revolusi menjatuhkan kerajaan, bermakna rampasan kuasa oleh BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah revolusi yang lebih kotor dan jahat.

PAS lancar kempen teruskan memontum Bersih 2.0


Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR,16 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen "Ramadhan Bulan Bersih" sebagai meneruskan momentum himpunan Bersih 2.0 yang telah berjaya diadakan 9 Julai lau.

Kempen itu sebagai usaha penerangan ke seluruh negara berhubung tuntutan ke arah sistem pilihan raya yang bersih dan adil, yang akan berlangsung sepanjang Ramadhan yang akan tiba bulan hadapan.

Menurut ketuanya, Nasrudin Hassan, pihaknya akan memulakan siri jelajah ke setiap negeri sejurus bermulanya Ramadhan bagi memberikan penerangan mengenai Bersih 2.0.

Siri jelajah itu akan diteruskan dengan kempen balik kampung sempena Aidilfitri yang turut menjurus kepada penerangan mengenai Bersih 2.0.

"Pemuda PAS terdiri daripada jawatankuasa harian akan menjalankan roadshow ke seluruh negara Ramadhan ini bermula di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Kedah, Pulau Pinang dan seterusnya Perak.

Wednesday, 13 July 2011

Kisah Tauladan Seorang Bekas Polis FRU!





Petang semalam..selepas balik dari Ipoh…aku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib.

Masa aku masuk masjid… Imam dah sujud rakaat pertama. tapi ada sorang tu…nak kata tua, tak berapa tua sangat. Lebih kurang aku jugak. Tinggal lagi…janggut aku dah putih…misai dia masih hitam.

Dia dok berjalan dari hujung masjid..sampai hujung sini. Biaq pi la kat dia.

Aku masuk saf bila imam bangkit rakaat kedua. Tapi orang tua tu tak sembahyang juga.

Bila imam bagi salam rakaat ketiga, aku bangkit sambung rakaat ketiga, sebab aku miss rakaat pertama. Masa tu…tiba-tiba orang tua tu mai duduk sebelah aku. Tak betui kot!!

Bila imam baca doa..dia angkat tangan punya tinggi. Khusyuk dan tawadduq! Aku tengok dia menangis..meleleh air mata. Macam Tok Guru Nik Aziz!

Tuesday, 12 July 2011

Kuning setiap Sabtu - Video

Polis tangkap luar kawasan perintah mahkamah

Kuning setiap Sabtu



Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 12 Julai: PAS mendakwa pihak polis terlebih dahulu didoktrin soal perkauman berdasarkan corak tangkapan yang dilakukan pada perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, media milik Umno BN dari awal lagi memainkan peranan menggambarkan seolah-olah wujud sentimen perkauman di sebalik penganjuran perhimpunan ini.
"Peringatan kepada media, jangan api-apikan soal perkauman, soal kononnya DAP memperalatkan orang itu, orang itu memperalatkan orang ini, dan sebagainya.

"Kita nampak corak penangkapan pihak polis pun telah didoktrinkan soal perkauman. Sebab itulah pempimpin DAP tidak ditangkap walaupun depan mata polis.

Suruhanjaya DiRaja siasat tindakan polis - Muslimat

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 13 Julai: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menggesa satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat penggunaan kekerasan oleh pihak berkuasa menangkap dan menyuraikan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata tindakan pihak berkuasa khususnya pihak polis itu adalah satu pencabulan terhadap undang-undang serta perlanggaran Perlembagaan negara.

"Sehubungan dengan itu, Dewan Muslimat mendesak agar jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara digantung sementara waktu bagi memberi laluan penyiasatan yang telus dan tanpa sebarang gangguan," katanya.

Selain itu, Dewan Muslimat juga jelasnya mendesak agar Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) segera mengambil tindakan dan apa jua inisiatif agar hak asasi manusia dalam negara ini terus terjamin.

Syor-syor Suhakam yang lebih sesuai untuk realiti semasa dunia tegasnya adalah sangat diperlukan dalam usaha membantu  semua pihak khususnya pihak berkuasa itu sendiri agar menghormati hak setiap rakyat yang dijamin kukuh oleh Perlembagaan Persekutuan.

BERSIH minta rakyat 'pakai kuning' setiap Sabtu


Joseph Sipalan
Jul 12, 11
3:18pm
Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 mencadangkan rakyat berpakaian kuning setiap Sabtu sebagai sokongan berterusan kepada pergerakan itu yang menuntut lapan perkara bagi pembaharuan pilihan raya di negara ini.

NONEKetua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga meminta rakyat memakai apa-apa yang kuning pada setiap Sabtu sebagai menunjukkan sokongan mereka kepada tuntutan 62 NGO gabungannya itu.

"Sehingga reform seumpama itu dibuat, kita minta rakyat memakai apa sahaja yang kuning pada setiap Sabtu. Tidak kira sama ada baju, sarung tangan atau apa-apa sahaja...,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Ambiga berkata walaupun perhimpunan Sabtu lalu mendapat sambutan luar biasa rakyat, tetapi tugasnya membuat lapan tuntutan bagi sistem pilihan raya bersih dan adil di negara ini masih belum selesai.

Sehubungan itu, katanya BERSIH 2.0 mendesak supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan segera bagi meneliti secara keseluruhan sistem pilihan raya di negara ini.

NONE"Kami percaya langkah terbaik untuk terus maju ke hadapan adalah dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja di mana ahli-ahlinya dipilih dan diterima rakyat," katanya.

Ambiga berkata suruhanjaya itu seharusnya dianggotai oleh mereka yang mendapat kepercayaan rakyat.

Thursday, 7 July 2011

Pakatan kesal sikap melampau KDN, polis

Perintah mahkamah bersifat void ab initio?

Khamis, 07 Julai 2011 23:00
Komuniti Peguam dan pakar undang-undang dikhabarkan sedang mengadakan perbincangan mengenai keabsahan perintah yang diperolehi oleh Polis Kuala Lumpur untuk menghalangi 91 pimpinan pelbagai peringkat memasuki ibu negara, Sabtu ini.

Mereka menyifatkan perintah itu sebagai bersifat satu pihak sahaja  dapat akses (ex-parte) kepada mhkamah majistret yang mengeluarkan perintah itu.

Komuniti berkenaan berpendapat bahawa di bawah prinsip undang-undang  "seseorang tidak boleh dihukum tanpa dihadapkan ke mahkamah" (audi alteram partem).

Oleh kerana itu ia jelas menunjukkan bahawa perintah yang diperolehi oleh Polis KL itu void ab initio (salah seawal2nya lagi).

Lantaran itu mereke berpendapat bahawa kengkaran pada perintah tersebut bukanlah menghina keputusan mahkamah.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin mendakwa polis sekadar menambahkan lagi suasana tegang Himpunan Bersih 2.0 apabila mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang 91 pimpinan, termasuk beliau sendiri daripada memasuki Ibu negara Sabtu ini.
Ketua Pegerakan Pemuda itu berkata, kini beliau sendiri dihalang memasuki ibu negara, sedangkan itulah tempat tinggalnya.
 
“Di sebalik mencari jalan penyelesaian, kini Polis telah merosakkan jalan penyelesaiaan itu," katanya.
Ismail Hashim   
SHAH ALAM, 7 Julai: PAS mendesak pihak polis segera melakukan siasatan terperinci mengenai penemuan berbagai jenis senjata yang dikaitkan dengan Bersih seperti diumumkan polis di dalam siaran media, baru-baru ini.

AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang mendedahkan penemuan itu pada 6 Julai lalu.

Turut serta dalam laporan di IPD Shah Alam petang tadi adalah Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan dan Ketua Pemuda PAS Shah Alam, Mohd Hilmi Redzwan.

Mazlan berkata, ekoran pendedahan polis menemui perkara itu secara terbuka, ia telah menimbulkan banyak keraguan rakyat tentang sejauh mana ketelusan polis atas isu itu.

Tetap ke stadium walau berjalan kaki

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 7 Julai: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini tetap akan disertai PAS biarpun mereka terpaksa berjalan kaki ke Stadium Merdeka.

"Kita akan bergerak setakat yang boleh. Sekalipun kenderaan ditahan, kita akan berjalan kaki ke Stadium Merdeka," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian mengulas perkembangan terbaru bahawa permit sementara bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur tidak akan dikeluarkan untuk hari Jumaat dan Sabtu ini.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi alasan tindakan itu bagi mengelak jangkaan kesesakan lalulintas pada hari tersebut.

Bagaimanapun dipercayai tindakan tersebut bertujuan menghadkan kehadiran peserta ke himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada Sabtu ini.

Wednesday, 6 July 2011

Umno retak kerana himpunan Bersih 2.0


Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 7 Julai: Keretakan dalaman Umno jelas dapat dilihat dengan percanggahan pandangan antara pemimpin mereka dalam menangani himpunan Bersih 2.0.
AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, pertentangan tersebut antara kem Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang mengharamkan Bersih dengan kem Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.
Hishammuddin yang turut disokong Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kumpulan ultra Melayu dalam Umno ujarnya, lantang menolak himpunan Bersih walau dengan apa alasan.
“Ini agak pelik sebab Hisham lazim berada dalam kem Najib seperti juga Khairy dan Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu,” katanya kepada Harakahdaily.

PAS cadang Najib hadir himpunan Bersih 2.0

Ismail Hashim   
SHAH ALAM, 6 Julai: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak disaran hadir ke Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Dengan kehadirannya, sudah pasti beliau dapat mendengar sendiri semua ucapan pimpinan Bersih dan jemputan mereka terutama huraian lapan tuntutan berkaitan pilihan raya bersih dan telus dalam negara. 
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) bersetuju penuh dengan saranan agar Najib hadir sendiri di Stadium Merdeka, Sabtu ini untuk mendengar dengan lebih dekat lagi isu yang dibangkitkan Bersih mewakili lebih 60 NGO.
"Ya elok sangat jika perdana menteri dapat hadir dalam Himpunan Bersih ini," jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Namun begitu Najib, ujarnya,  tidak dijemput untuk merasmikan Himpunan Aman Bersih tetapi beliau boleh hadir sebagai penonton biasa sahaja seperti orang lain juga.
Jika rakyat awam terpaksa berjalan, membawa peralatan berwarna kuning dan juga berbaju kuning, Najib digalakkan juga berbuat demikian, ujarnya lagi.
Bersih pada asalnya akan diadakan dalam perarakan raksasa dari tiga lokasi menuju ke Istana Negara untuk diserahkan memo berkaitan oleh pimpinan Bersih.

Bersih: Hishammuddin canggah Najib


Rizal Tahir   
KOTA BHARU, 6 Julai: Kelmarin Perdana Menteri kata kerajaan sanggup sediakan stadium untuk Bersih 2.0 berkumpul, Ahad lalu Yang di-Pertuan Agong menitahkan kerajaan melaksana segala amanah secara adil dan bijaksana.
Anehnya hari ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilapor berkata, tangkapan ke atas aktiviti berkaitan perhimpunan Bersih 2.0 akan berjalan seperti biasa.
Persoalannya siapa lebih berkuasa di antara Menteri Dalam Negeri (KDN) atau Perdana Menteri.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, kenyataan Menteri Dalam Negeri tidak memperlihatkan semangat seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong.

Rakyat tidak harus berundur tuntutan Bersih

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 6 Julai: Senator Mumtaz Md Nawi (gambar) menyifatkan Bersih 2.0 menempa satu kejayaan awal apabila Yang di-Pertuan Agong memberikan ruang untuk mereka mengadakan perhimpunan di stadium pada 9 Julai ini.
Sambil mengucapkan tahniah kepada sekretariat Bersih 2.0 yang bersifat terbuka untuk sebarang rundingan, Mumtaz berkata, Bersih 2.0 menunjukkan pendirian yang jelas iaitu ingin memastikan lapan tuntutan mereka didengar untuk diambil tindakan.
"Ini menunjukkan sikap terbuka pihak Bersih 2.0 nak menyelesaikan isu. Ia bukan masalah nak menunjukkan bantahan sahaja.

Himpunan Bersih untuk nasihati pemerintah


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 6 Julai: Himpunan aman Bersih yang menurut cadangannya akan diadakan dengan kerjasama pihak keselamatan dan pihak berkuasa di Stadium Merdeka pada 9 Julai nanti merupakan salah satu usaha menyampaikan nasihat kepada pemerintah dan rakyat yang diperintah secara baik.
Hal ini bersandarkan hadis Nabi s.a.w. riwayat Imam Muslim yang bermaksud: “Agama itu adalah nasihat,” iaitu “(Nasihat) bagi Allah, bagi Kitab-Nya, bagi Rasul-Nya, bagi pemerintah orang-orang Islam dan rakyat mereka,” demikian menurut Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr. Khairuddin Razali (gambar).
Menurut beliau lagi, dalam konteks Bersih, nasihat adalah bertujuan agar pilihan raya yang menjadi tempat rakyat memilih teraju pemerintahan dijalankan oleh pihak berkenaan secara lebih telus dan adil dalam semua sudut dan bagi semua pihak.

Pakatan kesal sikap melampau KDN, polis


Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 6 Julai: Pakatan Rakyat kesal dengan sikap Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang masih memberi pelbagai tekanan dan halangan kepada himpunan Bersih 2.0 walaupun Yang di-Pertuan Agong membenarkan himpunan di stadium.
Ianya termasuk penangkapan mereka yang memakai dan membawa baju Bersih, halangan ceramah Bersih, pendakwaan mereka yang ditangkap, dan keengganan membenarkan bersih berhimpun di stadium.

Undian tajuk Bersih 2.0 di Stadium

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 7 Julai: Mulai semalam, undian dilakukan terhadap tajuk muka depan Harakah wajarkah perkataan ‘Bersih 2.0 di Stadium’ digunakan sebagai tajuk berita utama.
Sejauh mana popularnya tajuk ini digunakan sebagai tajuk utama akhbar Harakah akan dilihat dalam tempoh dua hari lagi, manakala pada hari Sabtu nanti, kita akan mengundi tajuk lain pula.
Undian ini terbuka kepada semua pembaca dan mereka boleh mengundi sekali sahaja sama ada untuk setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan.
Untuk membuat undian tinjauan@harakah, boleh terus kepada link http://myharakah.net.
Keputusan undian tajuk Harakah ‘Tindak Berganjak’ berada pada tahap 93.93 peratus atau 418 daripada 445 undian bersetuju dengan tajuk tersebut.

Hishammuddin tak tahu beza pertubuhan, kempen

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 7 Julai: “Saya berpendapat Bersih bukan sejenis pertubuhan tetapi adalah sejenis kempen,” kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat, Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat (gambar).
Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang telah menuduh Bersih adalah sebuah pertubuhan haram.
Atas tuduhan itumaka pihak polis telah menangkap lebih daripada 100 orang, melarang ceramah-ceramah, menggeledah rumah suspek, membuat sekatan jalan raya, melarang memakai baju Bersih dan lain-lain lagi.
Suhaizan berkata, dalam Akta Pertubuhan di bawah seksyen 2 akta itu menyatakan bahawa sesuatu pertubuhan ditakrif sebagai termasuk mana-mana kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan dengan tujuh (7) atau lebih orang tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal.

Friday, 1 July 2011

PAS tetap sokong BERSIH, jamin himpunan aman

Tanah KTMB Tanjung Pagar bukan milik kita lagi

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 1 Julai: "Selamat tinggal Tanjung Pagar" mungkin paling tepat diucapkan apabila bermula hari ini, tanah Keretapi Tanah Melayu (KTMB), di Tanjung Pagar bukan lagi milik Malaysia.

Cadang usul pinda akta bukti tuntutan Bersih benar



28 Rejab 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong/
Ketua Sekretariat PR Perak.

Saya ingin menegaskan bahawa UMNO-BN sendiri telah mengakui bahawa sistem pilihan raya anah air memang wujud penipuan dan tidak bersih.

Jika pilihanraya bersih, BN dah lama kecundang.



28 Rejab 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong/
Ketua Sekretariat PR Perak.

Saya ingin menjawab ucapan Perdana Menteri Malaysia yang berkata bahawa pilihan raya Malaysia bebas dari sebarang penipuan, kerana jika benar pilihan raya Malaysia bersih, kenapa suara bersih yang diwakili rakyat wujud ? Dan kenapa pula BN semacam tersangat takut kepada Bersih sehingga bertindak diluar batas undang-undang ?.

Himpunan Bersih tidak ada kaitan dengan tuntutan piliharaya dipercepatkan




29 Rejab 1432H. [MOD] -

Saya ingin menjawab dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan bahawa BERSIH 2.0 menuntut supaya pilihan raya diawalkan apabila beliau berucap dihadapan para hadirin ketika lawatannya ke Sabah semalam, ini satu penipuan terhadap rakyat negeri itu dan seluruh rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak faham bahasa,dengan lain yang diminta, lain pula reaksi apabila BERSIH 2.0 mengemuka tuntutan yang langsung tidak menyebut supaya pilihan raya disegerakan.

RTM dicabar anjur debat iklan fitnah Bersih


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 1 Julai: Dewan Pemuda PAS (DPP) kesal dengan tindakan RTM yang menyiarkan iklan khas bagi memberikan gambaran buruk kepada himpunan Bersih mulai semalam di TV2.
Ketua penerangannya, Ustaz Riduan Mohd Nor berkata, iklan pendek berkenaan dimulai dengan salah seorang pelakon menunjukan risalah Bersih yang kemudiaannya disambut baik oleh pelakon Bell Ngasri yang menyatakan minat untuk menyertai perhimpunan di awalnya.
Kemudian pelakon ketiga, Ezany Nizariff pula menunjukan klip video huru hara yang berlaku di luar negara dan mengatakan bahawa itulah yang akan berlaku dalam himpunan Bersih, rakyat terancam dan pelancong pun akan lari.
Iklan itu diakhiri dengan Bell mencampakan risalah Bersih dan mengatakan perhimpunan itu adalah perhimpunan kotor.

Sedihnya negara hilang tanah KTMB selamanya

Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 1 Julai: Seluruh rakyat Malaysia terutama yang tinggal di Johor sepatutnya bersedih mulai hari ini, apabila tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang telah dipajak selama 79 tahun hilang buat selama-lamanya dari pemilikan Malaysia kerana diserahkan kepada pihak Singapura.
Sebagai balasannya, pihak Singapura akan menggantikan kepada Malaysia (Johor) dengan tanah bertaraf antarabangsa di empat lot Marina South dan satu bidang di Ophir Rochor.
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Suhaizan Kaiat berkata, penyerahan tanah KTMB yang berlaku hari ini menjadi satu sejarah penting kepada negara dan memberi banyak pengajaran kepada generasi akan datang.