Galeri kami

blog 'tak aktif', tapi facebook terus aktif (hehe)

Twitter Updates

There was an error in this gadget

Tuesday, 24 May 2011

Pakatan jangan bubar Dun jika PRU tahun ini

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 24 Mei: DAP akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua negeri Pakatan tidak membubarkan Dun masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.
Roketkini.com melaporkan keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP di sini malam tadi.
Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) pucuk pimpinan parti lebih cenderung untuk tidak membubarkan Dun bagi membolehkan pemusatan tenaga dan jentera dalam menghadapi Barisan Nasional.
“Ia juga bertujuan memastikan usaha Pakatan Rakyat untuk memenangi semula Perak  dapat ditumpukan sepenuhnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Timb Presiden: Tuan Ibrahim sertai pertandingan

HarakahDaily
TEMERLOH, 24 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan kesediaannya untuk bertanding jawatan timbalan presiden PAS dalam keadaan 'berat' dan merasakan "saya sedar saya bukanlah calon terbaik."

Beliau mengumumkan perkara ini jam 11 pagi hari ini dan yakin, "calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama."

Sunday, 22 May 2011

Tanah runtuh: Presiden PAS rakam takziah

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 21 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.
“Bersabarlah dengan ujian Allah. Semoga roh mereka yang tekorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh,” tulis beliau di laman twitter malam ini.
Kejadian itu juga turut mendapat perhatian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bantulah rakyat bukan minta persiap mental

Hafizi Pauzi   
PARIT BUNTAR, 22 Mei: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim mengkritik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengingatkan rakyat agar bersedia secara mental bagi menghadapi tekanan ekomoni yang bakal berlaku sambil menggambarkan ia sebagai satu lagi kelemahan BN mentadbir negara.
"Kenapakah rakyat disuruh bersedia menghadapi masalah tekanan ekonomi sedangkan pemimpin BN belum menunjukkan usaha bersungguh-sungguh untuk bantu rakyat?" katanya.
Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik menyeru rakyat Malaysia supaya mempersiapkan mental masing-masing untuk menghadapi kenaikan harga pelbagai produk berikutan kenaikan harga minyak dan penurunan jumlah bekalan makanan yang diakibatkan oleh perubahan iklim sejagat.
“Kerajaan yang dikuasai oleh BN telah untung besar melalui Petronas berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia, keuntungan tersebut sepatutnya boleh disalurkan kepada rakyat," katanya ketika ditemui di sini.
Tambahnya, contoh lain negara sepatutnya telah memiliki kekuatan dan lonjakan kemajuan dalam bidang  pertanian yang hebat setanding negara jiran seperti Thailand yang tidak bergantung harap dengan bekalan makanan dari negar luar secara total.

PRU 13: Umno Pulau Pinang bakal hilang kerusi

Fakhri Ali   
BAYAN LEPAS, 22 Mei: Umno dan Barisan Nasional (BN) jangan bermimpi untuk merampas kembali Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum yang akan datang.
“Rakyat negeri ini telah celik dan sedar selama ini mereka telah dibohongi oleh parti pemerintah sebelum 2008,” kata Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim (gambar) pada majlis jamuan teh di padang awam, Permatang Damar Laut, petang semalam.
Menurutnya, PR bukan saja mampu mengekalkan kedudukan 29 kerusi yang telah berjaya dirampas dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu, sebaliknya yakin boleh membolos kawasan yang menjadi kubu kuat Umno dan BN dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
"Kita telah membuat kajian dan penyelidikan mengenai kedudukan kerusi-kerusi yang mampu dimenangi dan ditawan oleh PR dalam pilihan raya yang akan datang.

Wednesday, 11 May 2011

Islam tetap agama rasmi Malaysia, kata Naib Presiden PAS

May 11, 2011
KUALA LUMPUR, 11 Mei — Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Islam adalah agama rasmi Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempertikaikan kedudukan tersebut.
Jelas Tuan Ibrahim, walaupun dalam Perlembagaan Persekutuan hanya menyebut agama Islam adalah agama Persekutuan, namun ia memberikan maksud Islam adalah rasmi negara.
“Persekutuan adalah bermaksud negeri-negeri yang bergabung membentuk persekutuan yang mana Islam adalah agama rasmi negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
“Agama rasmi Persekutuan adalah agama rasmi bagi negeri-negeri ini, jadi bila kata Islam agama Persekutuan maknanya Islam adalah agama bagi negeri-negeri itu dan ia adalah agama rasmi negara.

Najib tetapkan agenda mingguan Utusan - Hata Wahiri

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 11 Mei: Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri berkata, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Hatta dalam wawancaranya dengan laman web, Free Malaysia Today (FMT) (gambar) berkata, Ketua Pengarang Utusan yang ada sekarang akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin malam.

Thursday, 5 May 2011

Siapakah sebenarnya Datuk Shazryl Eskay Abdullah?

Oleh Milo Suam

Nama Datuk Shazryl Eskay Abdullah tiba-tiba melonjak selepas lelaki yang mengaku sebagai Datuk T (sebut Datuk Temberang) ini menayangkan video lucah lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ramai pembaca yang menghantar email meminta ReJaM© menyiasat siapakah Eskay ini?

Rata-rata pengirim yang menghantar email kepada ReJaM© mempersoalkan kredibiliti Eskay yang begitu berani mempermainkan nama Allah dengan bersumpah di sebuah masjid baru-baru ini semata-mata untuk meyakinkan masyarakat bahawa pelaku di dalam video seks yang penuh kepincangan itu adalah Anwar Ibrahim.

Annuar Masuk PAS

Oleh: orangklawang

"Kuala Klawang, Jelebu - 4 Mei 2011 - Pada hari ini PAS Kawasan Jelebu telah menerima kemasukan Hj Annuar Bin Hashim ke dalam PAS. Hj Annuar Hashim adalah bekas orang kuat United Malays National Organisation (UMNO) di Jelebu ini. Beliau telah bersama dengan UMNO selama 35 tahun. Jawatan terakhir beliau bersama UMNO adalah sebagai Pegawai Peribadi Khas kepada EXCO Pertanian Negeri Sembilan iaitu Dato' Yunus Rahmat yang juga ADUN Klawang. Hj Annuar dahulu berkhidmat sebagai pegawai FELDA selama lebih 20 tahun dan pernah berkhidmat di Gua Musang selama 9 tahun. Satu sidang akhbar khas telah diadakan dengan dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS NS, YB Hj Taufek Ghani dan En Yau Con Seng (Pengerusi DHPPNS).

Kabinet Sarawak: Taib tidak hargai golongan muda

Harakahdaily   
KUCHING, 5 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) berpandangan pemilihan barisan kabinet baru Sarawak jelas menampakkan kelemahan BN negeri yang amat ketandusan pemimpin pelapis dari kalangan generasi muda.
Ketuanya, Mohammad Arifiriazul, dalam kerancakan pembangunan negeri yang diwar-warkan sebelum ini, tentu sekali pandangan dan pendekatan golongan muda amat diperlukan dalam memastikan kejayaan semua projek pembangunan yang cuba dilaksanakan.
Kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri (KM), Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan BN Sarawak jelas tidak menghargai suara dan peranan penting golongan muda dalam membangunkan negeri bertuah ini.
Malahan, katanya mereka lebih selesa untuk menggunakan kemenangan ‘hebat’ mereka kali ini untuk meneruskan dominasi golongan berkepentingan agar segala penyelewengan hasil negeri dalam mandat yang lepas akan terus didiamkan dan disembunyikan.
“Malah, adalah tidak keterlaluan untuk kita nyatakan di sini bahawa kabinet baru Sarawak ini tidak ubah seperti kabinet boneka KM yang dianggotai oleh para menteri yang ‘loyalists’ dan ‘yes men’ kepada beliau.
“Ini sememangnya satu kerugian besar kepada negeri dan rakyat Sarawak seluruhnya,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, kenyataan KM yang menyebut beliau belum bersedia untuk merombak kabinet negeri adalah satu lagi petanda bahawa janjinya untuk berundur selepas pilihan raya negeri yang lepas hanyalah gimik politik semata-mata.

Tiada alasan tidak iktiraf Palestin negara berdaulat

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 5 Mei: Tiada alasan negara-negara Islam dan dunia untuk tidak mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat dengan permeterian muafakat antara Hamas dan Fatah kelmarin.
Sehubungan itu, Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (LA DPPP) merakamkan ucapan tahniah di atas persefahaman yang telah dimeterai antara Hamas dan Fatah yang telah berlangsung dengan penuh rasa harapan di Kaherah kelmarin.
Bagi LA DPPP permeteraian tersebut adalah satu manifestasi permuafakatan persefahaman yang akan menguntungkan umat Islam Palestin dan antarabangsa kerana persengketaan yang berlaku sebelum ini antara Hamas dan Fatah hanya menguntungkan regim Zionis Isreal.
“Namun LA DPPP berharap, permuafakatan yang disepakati bersama kelmarin perlu diasaskan kepada keyakinan dan kepercayaan antara kedua-dua belah pihak yang sama-sama memperjungkan kemerdekaan Palestin dari cengkaman rejim Zionis Israel,” kata Pengerusinya, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.
Katanya, permuafakatan bersejarah itu menjadi permulaan baru kepada perjuangan berteraskan iman dan kepentingan umat Islam

Kaji akta sekat media: Suhakam sepakat dengan NUJ

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 5 Mei: Cadangan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahiri agar kerajaan menghapuskan undang-undang yang mengongkong media dituntut juga oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.

Tuntutan mereka dibuat sempena Hari Kebebasan Media 3 Mei kelmarin. Ia dilaporkan oleh Harakahdaily kelmarin sempena hari kebebasan media itu.

Dalam laporan itu, Hatta Wahiri menyeru kerajaan Malaysia supaya menghentikan kawalan undang-undang yang ketinggalan zaman ke atas media di negara ini.

BN jangan perah poket rakyat untuk dapat wang

PARIT BUNTAR, 5 Mei: Sepatutnya kerajaan BN mencari jalan lain untuk mendapat wang, bukannya memerah poket rakyat sewenang-wenangnya dengan menaikkan harga minyak.
Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) menyatakan demikian sebagai respons kenaikan harga RON97 yang diumumkan lewat tengah malam tadi.
Katanya, kenaikan itu menjadikan kenaikan kali ketujuh atas alasan harga minyak mentah di pasaran dunia mengalami kenaikan.
 “Nampaknya BN terus memperbodohklan rakyat dengan alasan yang sama dan tidak masuk akal setiap kali harga minyak negara dinaikkan,” katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, Malaysia merupakan negara pengeluar minyak di mana jika harga minyak di pasaran dunia naik, secara automatik negara mendapat kenaikan berlipat kali ganda.

Umno sekongkol dengan MCA yang anti Islam

harakah
KUALA LUMPUR, 5 Mei: "Kuman di seberang mereka nampak jelas namun malang gajah di hadapan  langsung mereka tidak nampak" adalah bidalan Melayu yang ditujukan kepada Umno apabila mereka berkawan dengan MCA yang anti Islam.

Bidalan ini dikutip oleh Ketua Pemuda PAS, Nasrudin bin Hassan dalam satu tulisan beliau yang menarik mengenai hubungan antara kedua-dua parti dalam BN itu.

Kenyataan Nasrudin ini datang ketika Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak  'memujuk' PAS agar menyertai BN atau sekurang-kurangnya meninggalkan Pakatan Rakyat khasnya DAP.

Nasrudin membariskan semua kenyataan pimpinan MCA mengenai Islam termasuk memperlekehkan agama Islam itu sendiri yang kononnya berkaitan dengan kemunduran dan sebagainya.

Sunday, 1 May 2011

Kenapa kita relakan kesucian masjid dicemari dengan agenda fitnah gerombolan 'Datuk T'?

by alhusseyn

Mencemar kesucian sebuah masjid denganSebuah hadis Nabi yang mafhumnya : Barangsiapa yang melihat di sekeliling kamu kemungkaran, maka ubahlah dengan tanganmu, maka jika kamu tidak mampu, maka dengan lidahmu, maka jika tidak mampu juga, maka dengan hatimu, yang demikian itu adalah serendah-rendah iman.

Anwar Tidak Perlu Bersumpah Laknat!

by wargamarhaen 
NAMPAKNYA mereka yang mengaku golongan na amanun gila-gila meminta supaya Anwar Ibrahim bersumpah laknat menafikan apa yang didakwa ke atasnya termasuk meliwat, melayan pelacur, pengkhinat dan sebagainya.

Bagi mereka nampaknya sumpah adalah segala-galanya. Sumpah akan dapat menghuraikan segala masalah dan memberi keputusan yang jelas. Memang begitu, tetapi soalnya apakah mereka benar-benar termasuk dalam golongan na amanum? Kalau mereka termasuk dalam golongan disebut Allah itu, maka sumpah laknat itu boleh dilakukan. Tetapi kalau mereka berada di luar golongan itu, hanya menjadi golongan Umno, atau termasuk dalam fasikun mereka tidak berhak untuk bersumpah apa lagi meminta orng lain bersumpah.

BN sapu duit PKB untuk PRU 12 macam reta meredak tok nenek depa

Oleh: Tok Senapi


Tak habih lagi cerita di zaman BN. Permodalan Kedah Berhad (PKB) adalah syarikat GLC di bawah Menteri Besar Diperbadankan.

Antara Ahli Lembaga Pengarah PKB ialah Di antara Ahli Lembaga Pengarah PKB ialah Dato’ Mahdzir Khalid, Dato’ Abdul Rahman Ariffin, Datuk Yaakob Hj Mohamad, Dato’ Ghazali Ibrahim, Dato’ Ahmad Sudin, Dato’ Bakri Hj Ali Mahamad, Dato’ Mohd Akhir Shafie dan Dato’ Arzmi Abdul Hamid. Kesemua mereka adalah pemimpin Umno.

PKB bukan badan kebajikan. Anehnya menjelang pilihanraya umum ke 12, PKB menjadi begitu pemurah berbelanja wang kononnya kepada fakir miskin, dalam program-program politik BN. Itu cuma yang tertera di atas kertas, tetapi hakikat itu wang itu diguna untuk 'membeli undi' BN.

Video seks: Wayang untuk mengaibkan seseorang

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 1 Mei: Tindakan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang mengatakan bahawa polis tidak akan tunduk kepada desakan pelbagai pihak untuk mendedahkan kepada umum pelaku dalam video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kecuali ada keperluan undang-undang untuk berbuat demikian hanyalah mainan politik semata-mata untuk memburukkan seseorang.
“Kalaulah yang menyimpan dan membuat tayangan pun tidak dihukum, sedangkan ada peruntukan yang jelas mereka telah melakukan kesalahan; apatah lagi kepada yang berlakon yang tiada peruntukan undang-undang.

Tinggalkan Umno, sertai PAS

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 1 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini. 
“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Presiden PAS itu memberi respons terhadap kesekelian kalinya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan tanpa segan silu mengulangi lagi seruannya supaya PAS bekerjasama dengan Umno BN dan meninggalkan kerjasama PAS menerusi Pakatan Rakyat (PR).

Kenapa kerajaan enggan laksana qazaf

Fakhri Ali   
KEPALA BATAS, 1 Mei: Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain mempersoalkan keengganan kerajaan untuk melaksanakan hukum qazaf dalam isu yang membabitkan video lucah.
"Apabila kerajaan sering memomokkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah negara Islam, kenapa hukuman seperti qazaf yang memerlukan empat orang saksi yang tidak fasik dan adil itu enggan dilaksanakan, sedangkan kerajaan mempunyai ramai ilmuan dan pakar dalam bidang tersebut.